RAMAI REMAJA TERKESAN KEMURUNGAN DIGITAL

Sikap suka membandingkan diri dengan orang lain di media sosial mendorong ramai mengalami kemurungan digital.

Beberapa kajian yang dijalankan sebelum ini mengaitkan penggunaan media sosial dengan perasaan cemas dan depresi atau kemurungan. Sekalipun Malaysia tidak mempunyai angka tepat berhubung masalah kesihatan mental dan kaitan isu itu dengan penggunaan media sosial, data terkini hasil kajian Kementerian Kesihatan ialah pada 2015, pakar percaya jumlah penghidap masalah kesihatan mental meningkat seiring penggunaan media sosial.

Ketika kemuncak penularan pandemik, penggunaan media sosial mencanak disebabkan ahli masyarakat tidak dibenarkan keluar rumah sebagai langkah membendung jangkitan. Pada 2022, We Are Social and Hootsuite, sebuah firma pemasaran yang memantau trend digital, mendapati Malaysia adalah negara keenam di dunia yang merekodkan penggunaan Internet tertinggi, iaitu selama sembilan jam empat minit. Kemudahan itu paling banyak digunakan untuk bertukar-tukar pesanan, diikut rapat penggunaan media sosial.

Di sebalik kemajuan digitalisasi itu, penggunaannya yang berlebihan dan ‘ketagihan’ melayari aplikasi media sosial setiap hari mendatangkan isu kemurungan digital yang membelenggu golongan muda terutamanya.

Sebelum ini, statistik yang diperoleh melalui Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) menda-pati 5.6 juta remaja di negara ini berdepan masalah kemu-rungan dan separuh daripadanya berpunca daripada kemajuan digitalisasi pada masa kini.

la sekali gus menyebabkan emosi dan kualiti kesihatan mental individu terjejas malah diburukkan lagi dengan fenomena seperti Fear of Missing Out (Fomo) dan piawaian kecantikan yang tidak realistik.

la membuatkan individu terbabit hilang motivasi dan berasa rendah diri. Golongan remaja terutamanya cenderung merasakan rupa paras tidak menawan seperti orang lain walau mereka mengetahui hakikat individu lain menggunakan โ€˜filterโ€™.

Kesan paling memudaratkan ialah perasaan rendah diri dan hilang motivasi yang tidak dapat dibendung sehingga ada merasakan diri tak berguna hingga dibimbangi ada segelintir mempunyai perasaan untuk bunuh diri.

Antara tips untuk mengatasi kemurungan digital adalah dengan mengehadkan penggunaan digital dan kurang aktif di media sosial. Internet hanya perlu digunakan untuk maklumat atau berita sahaja. Individu juga perlu banyakkan masa dengan aktiviti lain seperti membaca buku dan bersukan.

Selain itu, Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program jelajah ‘Train to Reboot’ sebagai satu usaha strategik pelajar tahun akhir daripada dalam meningkatkan kesedaran mengenai isu kemurungan digital, khususnya dalam kalangan remaja.

Program itu adalah permulaan kepada kempen memulakan kembali (reboot) yang berlangsung selama empat minggu baru-baru ini membabitkan lima sekolah menengah di Pulau Pinang iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Gambir, SMK Abdullah Munshi, SMK Tunku Puan Habsah, SMK Hamid Khan dan SMK St. Xavier.

Pengarah projek, Elangkoven Nair Narayanan, berkata, program itu bertujuan untuk menggalakkan penggunaan teknologi digital yang lebih seimbang, mendorong perbincangan terbuka dan memecahkan stigma mengenai kesihatan mental melalui pelaksanaan aktiviti interaktif.

Sumber : Berita Awani, Sinar Harian dan Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ?

ย ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง : ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut