‘Pemandangan yang tenang, suasana yang menyenangkan.’ Itulah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan keadaan di Kampung Batu Putih, Marang. Kini,destinasi ini telah tular sehingga ke peringkat antarabangsa.
Keindahan dan keunikan destinasi ini telah menjadi tarikan pelancong dan juga rakyat Malaysia serata negeri untuk berkunjung di sini. Terdapat pelbagai tarikan buat para pengunjung seperti belajar menjahit atap nipah, membuat dodol, memancing dan juga melihat sendiri bagaimana air tuak atau nira dihasilkan. Demostrasi cara membuat makanana tradisional turut ditunjukkan di sana.
Di Dataran Batu Putih (DBP), terdapat gerai-gerai jualan dengan dekorasi yang menarik serta kemudahan tempat dudukjuga tersedia buat pengunjung.
ASAL KEWUJUDAN
Kampung Batu Putih pada asalnya hanyalah sebuah kampung tersorok dan sesetengahnya tidak mengetahui kewujudannya. Namun, hasil inisiatif 16 keluarga asal komuniti yang menetap di sini telah merubah pemandangan “hutan” bertukar menjadi tempat yang unik dengan ciri-ciri yang menarik minat orang ramai untuk mengenalinya. Apa yang menarik, Dataran Batu Putih suatu Ketika dahulu Masyarakat setempat pernah menggelarkannya sebagai Kawasan ‘jin bertendang’ ekoran ia ditumbuhi oleh pokok-pokok besar terbiar dan juga semak samun.
Rancangan Tanaman Berkelompok (RTB), tanaman kelapa mataq merupakan aktiviti projek yang dijayakan oleh penduduk dan diawasi oleh Jabatan Pertanian. Sebahagian besar peserta yang menjayakannya telah Berjaya menuai hasil di mana kelapa mataq mereka turut dijadikan air nira (tuak) selain minuman air kelapa muda. Melihat kepada perkembangan itu, akhirnya dicadangkan pula pembukaan lokasi pelancongan komuniti yang dinamakan Dataran Batu Putih. Maka itu, wujudlah beberapa lot gerai tradisional beratapkan daun nipah kepada penduduk menjual produk yang ada di kampung ini. Antara produk yang diketengahkan ialah;
- manisan kerek (gula melaka),
- air nira atau tuak
- ikan celup tepung
- keropok goreng
- kopi nisang asli
Pegawai Daerah Marang Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak melihat idea dan pelaksanaan destinasi pelancongan viral kampung ini sebagai satu anjakan paradigma sekaligus mengubah ekonomi penduduknya dan sebagai menyahut cabaran motto “Marang Hebak Tobat Pong”. Lawatan kerja Menteri Besar Terengganu telah diadakan sebanyak dua kali bagi melihat sendiri keadaan dan menambak baik Pembangunan dan kemajuan pelancongan kampung ini.
Jalan sungai melalui Sungai Marang merupakan alternatif bagi memudahkan orang ramai sampai ke destinasi ini dengan bot-bot yang disediakan dan akan beroperasi setelah menepati syarat-syarat keselamatan yang ditetapkan.
SUMBER : Malaysiaaktif/ RA Othman/Afnan Hakimi Ab Aziz (Marang), Mohd Lazim Endut, Wartawan WartaRakyat