PENIAGA BAZAR DI TERENGGANU DIBENARKAN BERNIAGA JAM 3 PETANG.

Semua aktiviti perniagaan makanan dan minuman melibatkan pengusaha, pemilik dan pelanggan bermula pukul 3.00 petang. Datuk Bandar Kuala Terengganu menyatakan bahawa bagi pengusaha, pemilik perniagaan makanan dan minuman bukan islam tertakluk kepada kelulusan lesen Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Peraturan yang ada melarang pelanggan beragama islam makan dan minum di premis pada waktu siang hari sepanjang bulan Ramadan.

Mana-mana pengusaha, pemilik perniagaan makanan dan minuman yang gagal mematuhi pemberitahuan ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah UUK (Establisymen Makanan) MBKT 1991. Jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi Ringgit Malaysia: Dua ribu sahaja (RM2,000) atau penjara selama tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali. Arahan tersebut berkuatkuasa bermula hari Rabu(12 Mac 2024). Ketetapan tersebut dibuat bersempena menghormati kemuliaan bulan Ramadan Al Mubarak.

Semua rakyat Terengganu sama ada yang beragama Islam atau agama lain perlulah menghormati kemuliaan bulan Ramadan ini kerana keterbukaan rakyat pelbagai bangsa ini dalam meraikan kepelbagaian agama dan budaya menzahirkan kerencaman di bumi bertuah ini dalam mengeratkan persefahaman kaum, tuntasnya mewujudkan perpaduan nasional sepertimana yang ditegaskan dalam Nilai Teras KEselamatan Negara yang Ketiga, Kesepaduan Nasional. Tolerasi perpaduan ini hasil sisipan semangat nationalisme dan persefahaman berlunaskan undang-undang, di mana Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN PERTINGKAT KEMPEN ANTIGANGGUAN SEKSUAL (AGS) BAGI MEWUJUDKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus komited dalam memperkasakan agenda perlindungan sosial menerusi pelaksanaan Kempen Antigangguan Seksual (AGS) …

BAHAYA MENGGUNAKAN BEKAS POLISTERIN UNTUK MEMBUNGKUS MAKANAN

Bekas makanan polisterin mungkin ringan dan mudah digunakan, tetapi kesannya kepada alam sekitar boleh berpanjangan. Penggunaan bekas makanan polisterin sudah …

BIJAK BAHASA: JAUHI KESALAHAN LAZIM DALAM PENULISAN

Penggunaan bahasa Melayu yang tepat amat penting dalam penulisan rasmi. Elakkan penggunaan frasa yang berlebihan atau tidak lengkap seperti “Adalah …