MASALAH TANGGUNGAN HUTANG KEWANGAN OLEH PENJAWAT AWAM

Tahukah anda?

Penjawat awam perlu mengelakkan diri daripada terjerumus dalam masalah keterhutangan kewangan yang serius. Tanggungjawab dalam menguruskan hutang berlebihan adalah langkah awal ke arah kewangan yang lebih stabil.

Penjawat awam terutama daripada golongan pelaksana dan pegawai pada peringkat rendah perlu mengambil inisiatif sejak awal perkhidmatan bagi menyediakan diri sehingga ke peringkat persaraan.

Institusi latihan kerajaan yang berkaitan juga perlu menyediakan kursus dan latihan berkenaan literasi kewangan bagi meningkatkan pengetahuan penjawat awam pada setiap peringkat kerana pendapatan yang tinggi dalam kalangan pegawai peringkat pertengahan ke atas juga tidak menjamin kemampuan mereka menguruskan kewangan peribadi dengan bijak.

Mentaliti kestabilan bekerja di sektor kerajaan juga perlu dilihat semula kerana, zaman kini tidak seperti dahulu dengan beban kerja yang tinggi, kenaikan gaji tidak seiring kadar inflasi dan kompleksiti dalam menjalankan tugas juga harus diambil kira.

Secara rumusan, penjawat awam perlu lebih peka akan kepentingan literasi kewangan peribadi dari awal perkhidmatan. Jadi, mari kita melangkah ke arah pengurusan kewangan yang lebih efisien.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 PROGRAM JUALAN AGRO MADANI @ PEKAN DARAT Hai semua Jom dapatkan bekalan dapur dengan penjimatan …

FAMA LAKSANA INTERVENSI PASARAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Selaras dengan mandat untuk menstabilkan pasaran dan memastikan keseimbangan rantaian bekalan makanan, FAMA Negeri Pulau …

TAMAN EKO RIMBA ULU BENDUL DITUTUP SEMENTARA SUSULAN KES DISYAKI KENCING TIKUS

Taman Eko Rimba Ulu Bendul, Kuala Pilah di sini ditutup sementara hingga 24 Mei ini bagi semua jenis aktiviti untuk …