MASALAH OBESITI DIKALANGAN KANAK-KANAK SEMAKIN MENINGKAT

Malaysia sedang berdepan masalah beban berganda malpemakanan dengan peningkatan kadar obesiti di setiap peringkat umur terutama dalam kalangan kanak-kanak bawah umur lima tahun. Malaysia mencatatkan 29.8% kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang mengalami masalah berlebihan berat badan dan obesiti ( NHMS 2019). Manakala kadar obesiti dalam kalangan orang dewasa Malaysia adalah kedua yang tertinggi di Asia setakat 2023. Fahamkan bahawa kanak-kanak yang obes cenderung untuk membesar menjadi dewasa yang obes.

Obesiti boleh menyumbang kepada kematian pramatang (premature death) semasa dewasa disebabkan penyakit-penyakit tidak berjangkit berkaitan obesiti seperti diabetes, hipertensi, hiperkolesterolemia dan penyakit kardiovaskular. Obesiti kanak-kanak ini boleh diatasi bermula dari keluarga di rumah. Wujudkan persekitaran yang sihat dan berikan pemakanan yang terbaik untuk anak-anak bagi mengelakkan faktor obesogenik.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …