PROGRAM SANTAI MAHASISWA BERSAMA MKN SABAH: “CERITA KESELAMATAN BAH KITA” WADAH PENYEBARAN DKN BERSAMA GOLONGAN BELIA

KOTA KINABALU (6 Mac): Pihak MKN Sabah dengan kerjasama North Borneo University College (NBUC) telah menganjurkan Program Santai Mahasiswa Bersama MKN Sabah: “Cerita Keselamatan Bah Kita” dengan penglibatan hampir 100 orang mahasiswa yang meliputi pelbagai bidang pengajian.

Fokus dan tumpuan program ini diberikan kepada golongan mahasiswa yang terdiri daripada golongan belia yang merupakan lapisan masyarakat yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan. Penekanan konsep berkaitan keselamatan diharap dapat diterapkan di dalam jiwa belia dan mahasiswa ini dalam menghadapi era globalisasi yang semakin mencabar.

Pengisian program dimulakan dengan Bicara Santai DKN yang telah disampaikan oleh Tuan Norali bin Ag Damit, Timbalan Pengarah Keselamatan Negeri Sabah. Seterusnya sesi interaktif bersama mahasiswa diisi dengan aktiviti ice breaking, permainan radio rosak dan kuiz Kahoot.

Kemuncak program adalah pembentangan kumpulan melalui aktiviti Pulau Impian. Sebanyak lapan (8) buah kumpulan telah membentangkan hasil aktiviti masing-masing dan telah mendapat ulasan dan komen panel yang terdiri daripada YBhg. Datuk Noor Alam Khan bin A Wahid Khan (Pengarah Keselamatan Negeri Sabah), YBhg. Prof Dato. Sr. Dr. Azimuddin bin Bahari (Naib Canselor NBUC) dan

Encik Syukri bin Hj Sanali (Ketua Penolong Pengarah MKN Sabah). Hadiah turut diberikan kepada pemenang setiap aktiviti sebagai dorongan dan galakan kepada para peserta.

Penganjuran program ini dilihat telah mencapai objektif yang disasarkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada pihak pengurusan NBUC dan semua mahasiswa terlibat yang telah merealisasikan kejayaan program ini.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut