π—£π—˜π— π—œπ—‘π—§π—” π—¦π—˜π——π—˜π—žπ—”π—› π—ͺ𝗔π—₯π—šπ—” π—”π—¦π—œπ—‘π—š

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

 

KEHADIRAN PEMINTA SEDEKAH WARGA ASING

Negeri Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang maju di utara Semenanjung Malaysia. Selain rakyat negeri ini, ianya juga menjadi tumpuan rakyat Malaysia dari negeri-negeri lain bagi mencari peluang kehidupan yang lebih baik. Pada masa yang sama, terdapat juga warganegara asing yang mencari peluang pekerjaan menjadikan Pulau Pinang tumpuan utama untuk mencari rezeki.

Namun, terdapat juga kehadiran peminta sedekah warga asing di Negeri Pulau Pinang yang mengambil kesempatan di atas kemurahan hati rakyat Malaysia. Mereka ini terdiri dari berbagai Warganegara seperti Negara Myanmar, Thailand, Syria, Pakistan dan sebagainya. Kemuliaan hati rakyat Malaysia dalam bersedekah sebenarnya menggalakkan lagi golongan ini hadir ke Negeri Pulau Pinang bagi menjalankan kegiatan mereka. Hasil yang diperolehi sehingga mencecah ribuan ringgit ini menjadikan kegiatan meminta sedekah oleh warga asing ini sebagai β€˜mata pencarian utama’ mereka.

Ketibaan Bulan Ramadhan 2024 tidak lama lagi dilihat membuka peluang kepada warga asing ini untuk mengaut keuntungan berlipat ganda tanpa bersusah payah. Mereka menjadikan pasar-pasar malam dan masjid-masjid di sekitar Negeri Pulau Pinang sebagai tumpuan utama untuk meminta sedekah. Pelbagai cara digunakan untuk mendapatkan simpati orang ramai seperti membawa anak-anak kecil bersama mereka, menggunakan nama-nama masjid dan surau di negara mereka untuk mengutip derma dan sesetengah mereka menggunakan paksaan untuk mendapatkan derma atau sedekah.

Kehadiran peminta sedekah warga asing ini diragukan dari segi dokumen perjalanan diri mereka, penyalahgunaan dokumen perjalanan dan sama ada mereka ini terlibat dengan sindiket atau tidak. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan di bawah bidang kuasa masing-masing dan mengekang kehadiran mereka agar kegiatan ini tidak berleluasa. Pemantauan penulis di sebuah pasar malam mendapati terdapat kehadiran peminta sedekah dari negara asing yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Perkara ini disuarakan oleh salah seorang penjual di pasar malam di mana mereka berpendapat kalau nak diberi sedekah atau derma, lebih baik ianya diberikan kepada peminta sedekah terdiri dari rakyat Malaysia.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …