TAKLIMAT PENYELARASAN PELAKSANAAN EKSESAIS CAMAR SAKTI 2024

Sebagai persediaan menghadapi Eksesais Latih Amal Camar Sakti, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah telah mengadakan satu sesi taklimat penyelarasan kepada agensi dan jabatan keselamatan di negeri Kedah bertempat di Bilik Mesyuarat MKN Kedah, hari ini.

Antara agensi yang hadir di dalam sesi taklimat ini adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Markas 6 Briged, Markas Wilayah Laut 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan SAPURA Research Sdn. Bhd.

Latih amal yang akan diadakan ini bertujuan menguji kesiapsiagaan dan melatih pegawai serta staf MKN negeri khususnya melibatkan pelaksanaan dan pengoperasian Arahan MKN No. 18: Pengurusan dan Pengendalian Krisis Keganasan dan No. 21: Pengurusan dan Pengendalian Situasi Ancaman Ketenteraman Awam.

Selain itu, latihan ini turut memfokuskan kepada keupayaan setiap jabatan dalam menggunakan sistem komunikasi GIRN dan pengurusan maklumat di Bilik Gerakan Negeri dan Pusat Pengurusan Operasi Negara (PPON). Malah, Perintah Tetap Operasi (PTO) setiap jabatan akan diuji sepenuhnya di dalam latihan ini.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …