MBK BELANJA RM2.5 JUTA BINA BAHARU GERAI BATU HITAM

KUANTAN, 26 FEBRUARI 2024 : Kerajaan Pahang menerusi Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah membelanjakan sebanyak RM2.5 juta bagi membina baharu Gerai Batu Hitam di Kuantan.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang,YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, bangunan gerai MBK yang baharu dirasmikan ini akan dapat memberi manfaat kepada banyak pihak khususnya orang ramai.

“Kita menyasarkan dengan adanya gerai baru ini akan membawa lebih manfaat bukan sahaja kepada bandaraya tetapi juga kepada peniaga-peniaga yang berniaga di sini,” katanya selepas merasmikan Gerai MBK pada Majlis Perasmian Gerai Batu Hitam di Gerai Batu Hitam, Beserah di sini hari ini.

Hadir sama ialah Datuk Bandar Kuantan, YH. Dato’ Razihan Adzharuddin.

Gerai Batu Hitam itu menyediakan pelbagai kemudahan kepada peniaga dan pengunjung antaranya adalah lapan pintu gerai aneka makanan, tempat duduk yang selesa, tandas awam dan parkir yang luas.

Pihak kerajaan berharap dengan penyediaan kemudahan pelancongan yang selesa akan dapat menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara.

Justeru, beliau menyeru agar peniaga dan pengunjung dapat menjaga kebersihan di premis berkenaan bagi memastikan imej yang positif dan baik dapat diperkenalkan kepada pelancong.

“Kita juga mengharapkan agensi-agensi kerajaan seperti MBK dan Jabatan Kesihatan dapat memantau kebersihan fasiliti yang telah disediakan.

“Ini adalah tanggungjawab Majlis Bandaraya dan saya meminta agar pihak bandaraya dapat sentiasa memastikan bukan sahaja di Pantai Batu Hitam tetapi di seluruh tempat-tempat kawasan strategik di Bandar Kuantan ini hendaklah sentiasa di dalam pemantauan kita dan memastikan aspek kebersihan merupakan satu aspek dalam keutamaan kita pada hari ini dan masa akan datang,” katanya.

Bersempena perasmian Gerai Batu Hitam, MBK menawarkan kadar sewa rendah sebanyak RM250 bagi setiap gerai sehingga penghujung tahun ini.

 

Sumber : Pahang Media

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut