KERAJAAN PAHANG PERKASA PELANCONGAN MUSLIM

Kerajaan Pahang menerusi Tourism Pahang merancang memperkasakan pelancongan muslim di negeri ini.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Cik Leong Yu Man berkata, ia bertujuan bagi menarik lebih ramai pelancong beragama Islam dari negara-negara antarabangsa khususnya Negara China.

“Memang kita sudah lama melaksanakan pemerkasaan pelancongan muslim tetapi kali ini kita memfokuskan kepada golongan muslimin dan muslimat daripada Negara China kerana berdasarkan statistik kunjungan pelancongan ke Malaysia atau Negeri Pahang, top 3 adalah dari Negara China,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Lawatan Pengenalan Imam Fam Trip : Discover Muslim-Friendly Malaysia di The Bentong Farm, Bentong, pagi tadi.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Tourism Pahang, YBrs Encik Kamaruddin Ibrahim.

Lawatan tersebut disertai 36 imam dari 14 wilayah Negara China anjuran Islamic Tourism Centre (ITC) dengan kerjasama Inbound Chinese Association (MICA) selama tujuh hari bermula 10 hingga 16 Januari.

Lawatan ini diadakan bertujuan memperkenal dan mendedahkan keunikan Malaysia sebagai destinasi mesra Muslim selain dapat merancakkan sektor pelancongan Malaysia khususnya pelancong dalam kalangan Muslim dari Negara China.

Kerajaan Pahang bersedia menawarkan pelbagai destinasi pelancongan sebagai hub terkemuka pelancongan mesra muslim dengan penyediaan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan muslim.

Pahang menyediakan lebih 36,000 bilik penginapan dan 5,000 restoran dan kedai makan halal dengan kerjasama oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memberi keyakinan kepada pelancong muslim.

Pada Ramadan nanti, dijangkakan lebih ramai pelancong muslim dari Negara China akan berkunjung ke Pahang bagi merasai sendiri keunikan dan kemeriahan sambutan bulan puasa di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Encik Kamaruddin berkata, pada 2023 statistik kedatangan pelancong menunjukkan peningkatan ketara bagi setiap daerah di negeri ini.

 

Sumber : Pahang Media

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …