SESB LAKSANA PROJEK IPD KHAS KAWASAN SETINGGAN DI TAWAU

TAWAU (25 Februari): Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan melaksanakan projek pengedar tenaga bebas (IPD) khas dengan meter prabayar untuk pembekalan elektrik kepada kawasan penempatan setinggan di daerah ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar, berkata, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa kawasan setinggan yang sesuai untuk projek IPD khas ini, termasuk di Kg Hidayat, Batu 4, Jalan Apas.

“Baru-baru ini, SESB sudah memulakan proses awal tinjauan bagi mendapatkan maklumat dan skop untuk melaksanakan projek ini.

“Cadangan pelaksanaan projek ini kemudiannya akan diusulkan kepada pihak Suruhanjaya Tenaga Negeri Sabah (ECoS) bagi tujuan untuk mendapatkan lesen IPD dan kadar tarif jualan,” katanya lagi.

Tambahnya, cadangan pelaksanaan projek IPD ini dikongsikan dengan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui semasa lawatan ke Kg Hidayat bersama Pengerusi SESB Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, pada Khamis lalu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, projek IPD tersebut didapati amat berkesan setelah dilaksanakan di kawasan setinggan di Kg Forest, Sandakan pada Oktober 2023, di mana kejadian gangguan bekalan elektrik, vandalisme dan kualiti voltan rendah di kawasan sekitar kini adalah minimum.

Selain itu, katanya, pelaksanaan projek IPD di kampung itu juga membuktikan projek ini adalah ‘jawapan’ kepada isu penyambungan haram yang amat merugikan SESB kerana tidak dapat mengutip hasil penggunaan elektrik.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …