CUBAAN GUNA KURIER SELUDUP DADAH RM6.85 JUTA GAGAL

KOTA KINABALU: Cubaan menyeludup sejumlah 205 kilogram (kg) dadah jenis syabu ke negeri ini, gagal selepas berjaya dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah, 15 Februari lalu.

Semua dadah yang diletakkan dalam 15 kotak bernilai RM6.85 juta, dirampas dalam operasi dijalankan pada 9.10 pagi di sebuah premis di HS Commercial Centre, Penampang.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, pada awalnya, JKDM mengesan 15 kotak mencurigakan di gudang Pos Aviation Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Katanya, hasil imbasan dan pemeriksaan lanjut mendapati semua kotak berkenaan mengandungi dadah jenis Methamphetamine.

“Kotak itu kemudiannya ‘dilepaskan’ ke premis syarikat penghantaran kurier berdasarkan alamat tertera, untuk mengesan pemilik yang bertanggungjawab.

“Bagaimanapun, selepas tiga hari, semua kotak itu tidak dituntut dan serbuan terus dilakukan untuk merampas barang yang dijalankan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (Cobra),” katanya pada sidang media di Wisma Penguatkuasaan Sepanggar, hari ini.

Datuk Mohd Nasir berkata, semua dadah itu dibungkus menggunakan bungkusan teh cina, dipercayai bagi mengaburi mata pihak berkuasa sebelum dimuatkan dalam kotak itu.

Katanya, modus operandi sindiket menghantar bekalan dadah melalui perkhidmatan kurier bagi mengelak daripada dikesan dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat.

“Penerima bagi bungkusan ini juga sukar dikesan berikutan sindiket hanya menggunakan alamat pejabat premis penghantar barang dan bungkusan akan dituntut sendiri di premis terbabit.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya yang memberitahu rampasan itu yang terbesar bagi tahun ini dan jika terlepas, ia boleh menjejaskan lebih 600,000 penagih,” katanya.

Menurutnya, pasukan Cobra yang berfungsi sebagai penggempur dan pelindung Bahagian Penguatkuasaan JKDM diyakini mampu mengekang sebarang cubaan membawa masuk dadah.

Beliau juga memohon orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menyalurkan kepada pihaknya bagi membantu membanteras sebarang aktiviti penyeludupan.

Katanya, maklumat boleh disalur dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau hadir ke mana-mana pejabat JKDM yang terdekat.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …