RM135.8 JUTA BAGI PENYENGGARAAN JALAN, CERUN, JAMBATAN DAN BANGUNAN DI NEGERI SEMBILAN

Kementerian Kerja Raya (KKR) bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM135.8 juta kepada Negeri Sembilan bagi pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan jalan, cerun, jambatan dan bangunan guna sama Persekutuan tahun ini.

Menurut Menterinya, Alexander Nanta Linggi, selain itu KKR juga sedang mempertimbangkan dua cadangan permohonan tambahan yang dikemukakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun membabitkan kerja-kerja pemasangan “Smart Traffic Light” di beberapa lokasi di Jalan Persekutuan di negeri ini.

KKR bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM135.8 juta kepada Negeri Sembilan tahun ini bagi pelaksanaan kerja penyenggaraan jalan, cerun, jambatan dan bangunan. KKR dan Jabatan Kerja Raya (JKR) turut memberi komitmen untuk melaksanakan sebanyak sembilan projek pembangunan Jalan Persekutuan di Negeri Sembilan yang melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion.

Kenyataan itu susulan pertemuan beliau dengan Aminuddin di Wisma Negeri di sini, yang turut disertai timbalannya, Datuk Seri Ahmad Maslan bagi mendengar sendiri permasalahan berkaitan infrastruktur jalan yang dihadapi oleh Negeri Sembilan dan memerlukan perhatian serta peruntukan dari KKR.

KKR melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga sedang dalam peringkat rundingan bersama-sama agensi lain dan syarikat pencadang untuk merancang pelaksanaan tiga buah projek penswastaan lebuh raya di Negeri Sembilan. Antaranya termasuk cadangan Lebuhraya Paroi ke Senawang yang menjadi keutamaan kerajaan Negeri Sembilan.

Menteri Besar turut menyuarakan pandangan terhadap mutu kerja syarikat konsesi yang menyelenggara infrastruktur jalan di negeri itu, yang agak kurang memuaskan dan Negeri Sembilan juga menyatakan keterbukaan untuk terlibat di dalam program MYJalan, kendalian KKR.

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) DAERAH MEMBAKUT

Pada 27 April 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah telah mengadakan Program Community  Based Security Management (CBSM) yang bertempat …
Maklumat Lanjut

‘JANGAN MUDAH TERPEDAYA TAWARAN PAKEJ PELANCONGAN MURAH DI MEDIA SOSIAL’ – MATTA

Sikap pengguna yang tidak membuat pemeriksaan menyeluruh latar belakang sesebuah syarikat yang menawarkan pakej pelancongan mendedahkan mereka kepada menjadi mangsa …
Maklumat Lanjut

PENYU PORT DICKSON PULANG BERTELUR, ORANG RAMAI JANGAN BUAT KACAU GANGGU

Selepas menemui 159 telur penyu karah di Pantai Tanjung Gemok di sini pada Jumaat, kini sebanyak 117 telur penyu agar …
Maklumat Lanjut