LAGAK SAMSENG JALANAN MALAM MINGGU ‘MAKAN DIRI’

Lagak samseng jalanan sembilan penunggang motosikal di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan Plaza Tol Senawang, di sini menjerat diri selepas ditahan secara berasingan pada Ahad.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, tangkapan kesemua penunggang itu dibuat sepasukan Unit Risikan/Operasi JSPT Bukit Aman, Peronda Lebuh Raya (EMPV) Zon Selatan 1 dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

Tangkapan bermula jam 2 pagi itu mengesan kesalahan menunggang secara melulu seperti melawan arus, aksi ‘superman’ dan ubah suai nombor pendaftaran.Kesemua yang ditahan berusia 16 hingga 24 tahun telah dibawa ke IPD Seremban untuk tindakan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 108(F) akta yang sama.

Polis turut menyita motosikal terlibat jenis Yamaha Y15ZR, Yamaha 135LC dan Modenas Kriss. Siasatan awal mendapati mereka ini tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan motosikal sebaliknya datang dari beberapa lokasi seperti Port Dickson dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan selain sekitar Lembah Klang untuk berkonvoi ke kedai makan di Senawang.

Sepanjang operasi ini, JSPT turut mengeluarkan 101 saman hasil pemeriksaan 60 penunggang motosikal. Pelbagai kesalahan antaranya tiada nombor pendaftaran, ekzos bising, cukai jalan tamat tempoh, tiada lesen memandu, tiada brek dan tiada cermin sisi.

JSPT menasihatkan penunggang motosikal supaya memastikan undang-undang serta peraturan lalu lintas dipatuhi. Pihak Polis tidak berkompromi dengan mana-mana pihak terlibat dalam aktiviti samseng jalanan dan pemalsuan butiran kenderaan. Operasi akan terus dijalankan bagi membendung kegiatan terbabit daripada terus berleluasa.

 

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut