Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Pelaksanaan kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara kita. Kempen ini juga bertujuan memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok kepada segenap lapisan masyarakat serta menyokong komitmen untuk mengekalkan litupan kawasan berhutan di Malaysia.

Pelaksanaan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di seluruh negara di bawah RMKe-12 telah dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-77 pada 8 September 2020. Pelancaran kempen ini telah dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada 5 Januari 2021.

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (kini dikenali sebagai Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim – NRECC) akan mempromosi dan menggalakkan penglibatan serta kerjasama pelbagai pihak meliputi Kerajaan-kerajaan negeri, Kementerian dan jabatan serta agensi kerajaan persekutuan/negeri yang berkaitan, syarikat swasta dan korporat, badan bukan kerajaan, institusi-institusi pendidikan serta orang awam dalam menjayakan kempen ini.

Menyahut kempen ini juga. MKN Terengganu turut melancarkan program penghijauan semula alam sekitar dengan memfokuskan kawasan tarikan pelancong seperti do kawasan air terjun atau lata. Dengan penjenamaan semula nama program ini, program Kelestarian Alam, Tanggungjawab Bersama dilihat boleh mendidik masyarakat kearah mencintai alam sekitar serta memainkan peranan mereka dalam memastikan alam sekitar dijaga untuk tatapan generasi akan datang. Ianya juga bertepatan dengan Nilai Teras 7 Dasar Keselamatan Negara 2021-2025, iaitu Teras Pembangunan Mampan.

Objektif Kempen

Kempen ini dilaksanakan bertujuan untuk:

mengekalkan kawasan hijau di seluruh negara selain memelihara serta memulihara kawasan berhutan;
meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pokok dan kawasan berhutan serta memupuk semangat cintakan alam semula;
merakyatkan komitmen dan semangat pengekalan kawasan litupan hijau sebagai satu agenda nasional;
memastikan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara dilitupi dengan kawasan berhutan dan pokok-pokok dapat dicapai; dan
menggalakkan penyertaan agensi kerajaan persekutuan/negeri, syarikat swasta dan badan korporat, badan bukan kerajaan, institusi-insitusi pendidikan/penyelidikan dan orang awam dalam usaha penanaman pokok.

Sasaran Kempen

Kempen ini mensasarkan penanaman 100 juta pokok dalam tempoh 5 tahun bermula dari tahun 2021 hingga 2025. Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri akan mengadakan program-program bagi merakyatkan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dengan melibatkan seluruh penduduk Malaysia dari pelbagai latar belakang.

Tema Kempen

Tema kempen ini adalah “Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita” atau “Greening Malaysia: Our Trees, Our Life”

SUMBER:https://www.100jutapokok.gov.my/

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut