CUACA PANAS: APM SEREMBAN TANGKAP 366 EKOR ULAR SEJAK JANUARI

Keadaan cuaca panas dan kering ketika ini menyebabkan kes tangkapan ular meningkat di daerah ini dengan 366 ekor ditangkap sejak bulan lalu.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Seremban, Kapten Mohamad Ridzuan Mohamed Buniran, tangkapan paling banyak melibatkan spesies ular sawa iaitu (256 ekor) diikuti ular tedung (23) ekor. Daripada jumlah tersebut, 220 ekor ditangkap pada bulan Januari manakala 146 ekor pula ditangkap pada bulan Februari.

Sekurang-kurangnya 10 aduan diterima pada setiap hari berkaitan kes haiwan berbisa terbabit menceroboh masuk dan bersembunyi di dalam rumah penduduk. Menurutnya, aduan paling tinggi diterima melibatkan kawasan Mantin, Labu dan Senawang. Kes paling banyak diterima ialah reptilia terbabit ditemui bersembunyi di dalam lubang tandas, namun setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Ular paling besar ditemui ialah spesis ular sawa iaitu seberat 10 kilogram dengan panjang 2.4 meter.

Pihaknya berharap penduduk jangan mengambil langkah sendiri menangkap ular, hubungilah pihak berkaitan yang mempunyai kepakaran dan peralatan mencukupi. Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berhati-hati dan menjaga kebersihan di rumah masing-masing bagi mengelakkan kehadiran ular berkenaan. Selain stor, bilik tidur dan tandas, haiwan berbisa itu juga suka ‘berehat’ di dalam kasut.

Ular yang ditangkap akan dibawa pulang ke pejabat APM daerah sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …