TINJAUAN KESELAMATAN TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH KE KAWASAN OPERASI

Ekoran cabaran dan permasalahan infrastruktur yang dihadapi oleh anggota keselamatan di sempadan, YBrs. Dr. Nadzman Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan) telah melakukan tinjauan keselamatan di kawasan operasi kawalan keselamatan sempadan darat antarabangsa Kedah-Thailand.

Tinjauan dimulakan dengan sesi taklimat pengoperasian oleh Pasukan Gerakan Am, Briged Utara sebelum beliau dibawa meninjau pos-pos keselamatan di bawah KTJ Op Taring Wawasan.

Seusai itu, YBrs. Dr. TSUK Kedah seterusnya dibawa meninjau ke KTJ Op Pagar II, di bawah seliaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Beliau turut ditaklimatkan mengenai pengoperasian secara ringkas, selain keperluan infrastruktur asas yang menjadi isu dan cabaran kepada anggota-anggota yang bertungkus lumus mengawal keselamatan sempadan antarabangsa.

Tinjauan ini turut dihadiri oleh En. Bakhtiar Effendy bin Khalid, Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, En. Mahazi Muhamad, Pegawai Daerah Kubang Pasu, dan Tuan Haji Mohd Tarmizi Abdul Rani, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, SUK Kedah.

Artikel/Berita Terkini

JEREBU: 23 KAWASAN CATAT IPU TIDAK SIHAT

KUALA LUMPUR – Sebanyak 23 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat …

BELANJAWAN MADANI 2027: TERENGGANU TERIMA IMPAK BESAR LONJAKAN PEMBANGUNAN DAN KEBAJIKAN RAKYAT

Kerajaan Persekutuan terus menzahirkan komitmen tinggi dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat di Pantai Timur. Menerusi Belanjawan MADANI 2027, …

PROGRAM LOKAKARYA MEMUGAR: MEMPERKASA BELIA GEN-Z 2026

Program Lokakarya Memugar: Memperkasa Belia Gen-Z 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 hingga 11 Oktober 2026 bertempat di Pusat …