POLEMIK ‘GERM GAME’: KONSEP BERSUCI DALAM ISLAM 

Pada tahun 2015, dalam satu sesi ‘Ted Talk’, Bill Gates telah memberi satu isyarat bahawa kemusnahan pada masa akan datang mampu membunuh lebih daripada 10 juta orang adalah melalui pandemik yang terhasil daripada jangkitan microbes.

 

Pada 9 Jun 2022, dunia telah mencatatkan sebanyak 538,130,981 kes COVID-19 dan melebihi 6,326,579 kes kematian akibat wabak tersebut. Kes jangkitan covid berlaku tanpa ada mana-mana negara mempunyai kepakaran dalam mengendalikan kes jangkitan tersebut menyebabkan intervensi terhadap penyakit tersebut menjadi lebih mencabar.

 

Kemudian, pada perbincangan yang panjang dalam persingan dihadiri oleh Bill Gates pada 4 November 2021, Bill Gates telah menyatakan keperluan membina satu International Pandemic Task Force dengan keperluan peruntukan USD 1 billion setahun..

 

Bagi menjustifikasikan keperluan tersebut, Bill Gates menyatakan bahawa kerajaan perlu melaburkan berbilion dollar dalam kajian serta pembangunan keperluan untuk menghadapi pandemik pada masa akan datang yang akan berpunca daripada “germ game” (permainan kuman) dan . Contoh pandemic akan datang yang dinyatakan adalah penyakit smallpox (cacar) yang dijangka akan menjadi outbreak yang besar pada masa akan datang.

 

Akhirnya, pada 30 April 2022, Bill Gates telah menubuhkan satu pasukan GERM—Global Epidemic Response and Mobilization—team. Pasukan khas untuk menangani pandemik pada masa akan datang yang berkemungkinan memberi kesan kepada dasar dalaman sesebuah negara.

 

Berselang 5 bulan dari sela masa perbincangan tersebut, penyakit berkait kuman kian meningkat naik dari masa ke masa. Contohnya, Negeri Selangor mencatat sebanyak 47,209 kes Hand Foot and Mouth Disease (HFMD), iaitu peningkatan kes 20 kali ganda pada 21 mei 2022 berbanding tempoh sama tahun lepas.

 

Menurut Higuera (2017), penyakit berjangkit berpindah dari orang perseorangan melalui sentuhan secara langsung atau tidak langsung. Beberapa jenis virus, bakteria, parasit dan fungi boleh menyebabkan jangkitan penyakit berbahaya seperti Malaria, Measles dan penyakit pernafasan. Jangkitan boleh berlaku akibat sentuhan seseorang yang telah terjangkit kepada orang yang lain.

 

Bagi menyentuh perkara ini dari aspek keagamaan, kebersihan telah sekian lama disuruh untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Seperti Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Al-Baqarah ayat 222:

 

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٲبِينَ وَيُحِبُّ ٱلۡمُتَطَهِّرِينَ

صدق الله العظيم

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri.”

 

Ayat ini adalah satu isyarat jelas menunjukkan kepentingan kebersihan di sisi Islam. Secara lahiriah, kebersihan menjamin penerimaan ibadat yang dilakukan setiap Muslim. Islam adalah cara hidup yang mencakupi pergerakan manusia dari mula bangun tidur sehingga kembali semula ke tempat tidur. Jika ibadat solat mensyaratkan setiap umat Islam mementingkan kebersihan, begitu juga tuntutan Islam supaya kebersihan dipelihara setiap masa dalam kehidupan.

 

Menerusi Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua-dua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu, dan basuhlah kedua-dua belah kaki kamu meliputi buku lali…” (Surah al-Ma’idah, ayat 6)

 

Tidak mungkin Islam hanya menitik beratkan soal kebersihan ketika seseorang Muslim hendak menunaikan ibadat sahaja sedangkan kehidupannya diselubungi kekotoran yang tidak mencerminkan imej Islam sebagai agama suci.

 

Menurut Centre for Disease Control (CDC, 2019), amalan membersihkan diri serta membasuh tangan dapat mengelakkan trasmisi penyakit daripada menjangkiti orang lain. Bakteria daripada tangan yang tidak dibersihkan dapat menyebabkan jangkitan bakteria terhadap objek yang disentuh serta berpotensi menyebabkan transmisi bakteria dengan cepat yang berkemungkinan menyebabkan pelbagai penyakit termasuk penyakit pernafasan seperti COVID-19.

 

Tambahan pula menurut Bank Dunia, kaedah mempromosikan amalan kebersihan adalah langkah paling murah untuk mengurangkan kadar jangkitan penyakit berjangkit. Pada tahun 2020, 2.3 Billion populasi dunia didapati mengalami kekurangan kemudahan asas untuk menjamin kebersihan diri seperti tempat basuh tangan dan sabun dan 1.6 billion populasi penduduk mempunyai akses untuk kemudahan membasuh tangan.

 

Pada satu kajian yang telah dijalankan oleh Sarah Beale (UCL Institute of Health Informatics), 1,633 responden telah dibuat sampling bagi mengenalpasti tahap kebersihan serta kesan terhadap jangkitan COVID-19. Dapatan daripada kajian tersebut mendapati, semakin kerap responden mencuci tangan serta menjaga kebersihan, ia dapat mengurangkan sehingga 36% risiko jangkitan penyakit tersebut.

 

Sebagai kesimpulan, di sebalik kekecohan ‘peperangan’ moden yang berlaku di tengah hiruk-pikuk kehidupan rakyat seharian, Islam telah meletakkan satu tanda aras yang baik untuk diikuti bagi mengelakkan kita terjebak dengan penyakit yang berpunca dari kekotoran samada kekotoran yang boleh dilihat dengan mata kasar atau virus-virus kecil yang merbahaya.

 

Di sebalik pembuktian wahyu yang telah dikemukakan, kajian-kajian klinikal juga turut mendokong penyataan melalui skop pandangan tersebut melalui dapatan-dapatan terkini yang mengaitkan kepentingan kebersihan dengan pengurangan jangkitan penyakit.

 

Oleh itu, masyarakat umumnya perlu sentiasa menitik beratkan amalan kebersihan bagi memastikan mereka bebas daripada ancaman penyakit yang mudah ditrasmisi melalui sentuhan seperti COVID-19 serta HFMD.

 

Penulis: Wan Akmal Irsyad Wan Ghazali

 

Sumber:

https://www.worldometers.info/coronavirus/.

https://covidnow.moh.gov.my/

https://www.news18.com/news/buzz/bill-gates-warned-us-about-covid-19-in-2015-now-he-is-predicting-two-more-disasters-3394487.html

https://www.gatesnotes.com/Health/Meet-the-GERM-team

https://www.ucl.ac.uk/news/2020/may/handwashing-6-10-times-day-linked-lower-infection-risk

Artikel/Berita Terkini

𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hospital Seberang …
Maklumat Lanjut

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 5 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 28 April 2024 • 1 lokaliti di daerah Jeli • 2 lokaliti di …
Maklumat Lanjut

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut