TIPS KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA

Statistik sukuan keempat tahun 2021 menyatakan lebih 15 juta penduduk Malaysia bekerja untuk menyara diri dan keluarga. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dibawah Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan melindungi orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor iaitu:

  • Pengilangan
  • Perlombongan dan Pengkuarian
  • Pembinaan
  • Hotel dan Restoran
  • Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
  • Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi
  • Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun
  • Kemudahan – Gas, Elektrik, Air dan Perkhidmatan Kebersihan
  • Kewangan, Insuran, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan
  • Perniagaan Borong dan Runcit

Jabatan merupakan agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk mentadbir dan menguatkuasakan perundangan mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di negara ini dengan wawasan menjadi sebuah organisasi yang menerajui negara dalam membentuk budaya kerja selamat dan sihat ke arah mempertingkatkan kualiti hidup semasa bekerja.

Sebagai seorang individu yang bekerjaya, seseorang harus tahu menjaga keselamatan diri sendiri semasa di tempat kerja.

Berikut antara tips yang boleh diamalkan untuk memastikan keselamatan diri di tempat kerja :

  • Peka dengan keadaan sekitar

Anda harus mengetahui risiko serta bahaya yang mungkin berlaku di tempat kerja dengan cara mengetahui tempat, prosedur atau keadaan yang berisiko agar kemalangan akan dapat dielakkan. Berikut adalah antara perkara yang paling penting:

  • Minyak yang tertumpah di atas lantai
  • Tangga di hadapan pintu. Jika pintu dibuka dari arah yang tidak dilihat, tangga tersebut berisiko untuk jatuh
  • Luka pada badan. Ia mungkin membawa kepada jangkitan yang serius. Sila dapatkan kit bantuan pertama (first aid) untuk mencuci luka tersebut
  • Pisau yang terdedah di pantri. Elakkan daripada membiarkan pisau terdedah. Seeloknya ia ditutup atau diletakkan terbalik di tempat yang sepatutnya.

  • Pastikan postur badan anda betul

Jika pekerjaan anda memerlukan anda untuk duduk dalam tempoh yang lama seperti menghadap komputer, pastikan bahu anda sejajar dengan pinggul bagi mengelakkan masalah sakit belakang. Apabila mengangkat barang, gunakan teknik yang betul dan elakkan daripada membongkok.

Sebaiknya, gunakan perabot dan perkakas yang mesra pengguna untuk mencegah daripada masalah kesihatan tertentu.

  • Berhenti rehat dari kerja seketika

Antara punca berlaku kemalangan adalah kerana hilang fokus. Bekerja dalam tempoh yang lama mendedahkan diri anda kepada hilang daya tumpuan. Rehat yang singkat mampu mengembalikan semula tenaga dan membuatkan anda segar.

Antara tip yang boleh digunakan adalah melakukan tugas yang paling susah sewaktu tumpuan anda paling tinggi, contohnya di waktu pagi.

  • Kurangkan stres di tempat kerja

Tekanan atau stres boleh membawa kepada kemurungan dan kurang fokus.

Antara perangsang stres adalah waktu bekerja yang lama, kerja yang terlalu banyak dan hubungan kurang baik antara pekerja dan majikan.

Kedua-dua pihak, pekerja dan majikan, harus bekerjasama mewujudkan suasana kerja yang positif dan seronok. Semua orang harus bertimbang rasa dan tidak mementingkan diri sendiri. Jika suasana seperti ini dapat diwujudkan, pastinya produktiviti kerja akan meningkat.

 

  • Laporkan sebarang keadaan yang tidak selamat

Keadaan seperti mesin rosak, paip bocor atau kebakaran harus dilaporkan kepada penyelia atau pihak yang terbabit. Ini adalah sangat penting bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih parah.

Contohnya, jika ada kerosakan pada penghawa dingin di dalam pejabat, ia harus diperiksa oleh pihak tertentu. Walaupun hanya melibatkan satu penghawa dingin, ia mungkin disebabkan oleh kebakaran kecil pada wayar yang boleh tersebar ke bahagian lain.

 

  • Gunakan pakaian keselamatan yang sepatutnya

Pakaian keselamatan tidak direka melainkan untuk mengelakkan kemalangan berlaku.

Terutamanya bagi sektor pembuatan, yang mencatitkan angka tertinggi kemalangan pekerjaan seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, penyelia atau majikan harus memastikan semua pekerjanya mematuhi prosedur keselamatan yang betul.

Keselamatan di tempat kerja adalah tanggungjawab bersama antara pekerja dan majikan. Kesedaran harus dipupuk terlebih dahulu agar ia menjadi satu budaya yang sihat dan penting dalam aspek kesihatan dan keselamatan di tempat kerja. Di sebalik keuntungan yang dikejar, keselamatan adalah perkara yang perlu menjadi keutamaan. Jangan disebabkan kecuaian kita, orang lain terpaksa menganggung derita.

Sumber : Laman Web JKKP, hellodoktor.com

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut