SISIPAN SEJARAH 22 FEBRUARI 1971: PERSIDANGAN PARLIMEN YANG PERTAMA SELEPAS MAGERAN

PERSIDANGAN PARLIMEN YANG PERTAMA SELEPAS MAGERAN


Pada hari ini dalam tahun 1971, persidangan Parlimen pertama selepas negara diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), diadakan. Upacara pembukaan persidangan ini telah disempurnakan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. Dalam titah ucapannya, baginda mengingatkan rakyat supaya berusaha mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 dari berulang kembali. Baginda juga menyeru rakyat agar berusaha memperbaiki keadaan ekonomi, memperkukuhkan ketenteraman dan perpaduan negara. Dalam persidangan ini, Rang Undang-undang (Pindaan) Perlembagaan telah dibentangkan antaranya Fasal 2, Perkara 10 yang menyekat kebebasan berbincang mengenai hal-hal yang berkaitan dengan kewarganegaraan, Bahasa, Kedudukan Istimewa Orang-orang Melayu dan Kedaulatan Raja-raja Melayu. Pindaan juga dibuat pada Fasal 6 mengenai kedudukan rakyat Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang disama taraf dengan kedudukan orang Melayu di Semenanjug Malaysia.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …