KILANG PROSES E-WASTE DIDALANGI WARGA ASING DISERBU

Bukan hanya menjadi penyebab pencemaran Sungai Linggi, sebuah kilang memproses sisa elektronik atau ‘e-waste’ di Kampung Kuala Sawah, Rantau, di sini, turut dikesan berada dalam keadaan kotor serta menjijikkan. Kilang yang didalangi oleh warga China dan pekerjanya pula terdiri daripada lebih 60 warga asing dengan majoritinya warga Myanmar sesuka hati membuang pelbagai sampah ke dalam sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kilang.

Menurut, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan, pihaknya mendapat aduan mengenai operasi kilang berkenaan dari orang awam.

Kilang ini dimiliki oleh warga tempatan, namun disewakan kepada warga China sebanyak RM38,000 sebulan. Kilang ini mula beroperasi pada tahun 2020, namun terhenti dan kemudian pada tahun lalu mula beroperasi kembali. Hampir setiap hari barangan dari China dan Amerika Syarikat yang dibawa masuk melalui Port Klang yang diisytiharkan secara salah sebagai barang skrap di bawa ke sini untuk dileraikan dan diasingkan. Anggaran buangan yang diproses di sini lebih 200 tan.

Operasi bersepadu yang dijalankan melibatkan seramai 71 orang terdiri daripada polis dari Ibu Pejabat Polis Kotinjen (IPK) Negeri Sembilan, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Perhilitan dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

Dalam serbuan berkenaan, tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) iaitu lima warga Myanmar dan dua lagi warga Bangladesh berjaya ditangkap kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, manakala selebihnya melarikan diri. Hasil pemeriksaan juga mendapati terdapat sembilan kesalahan yang telah dilakukan iaitu antaranya di bawah Seksyen 18 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Seksyen 3(1) undang undang kecil Pelesenan Tred iaitu menjalankan perniagaan tanpa lesen PBT serta Seksyen 112(1BA) Akta Cukai Pendapatan 1967 iaitu gagal mengemukakan borang nyata cukai pendapatan.

Selain itu terdapat tiga ekor Tung Tung iaitu haiwan dilindungi berada di kilang berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar. Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan rakyat di negeri ini untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak Kerajaan Negeri dalam melaporkan aktiviti pencemaran alam sekitar yang mampu memberi kesan negatif kepada banyak pihak.

 

 

Sumber: Kosmo Online

Artikel/Berita Terkini

TAWARAN PELABURAN DALAM TELEGRAM ADALAH PENIPUAN

KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2024: Masyarakat diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan melalui media sosial yang bersifat ‘too …
Maklumat Lanjut

104 PATI WARGA INDONESIA DIHANTAR PULANG KE NEGARA

TAWAU: Seramai 104 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dipindahkan dari Pelabuhan Tawau untuk balik ke negara asal, semalam …
Maklumat Lanjut

SERANGAN PERTAMA PORTUGIS KE ATAS MELAKA

Pada hari ini (25 Julai) dalam tahun 1511, Melaka telah diserang buat pertama kali oleh askar-askar Portugis yang diketuai oleh …
Maklumat Lanjut