SISIPAN SEJARAH 22 FEBRUARI 1971: PERSIDANGAN PARLIMEN YANG PERTAMA SELEPAS MAGERAN

PERSIDANGAN PARLIMEN YANG PERTAMA SELEPAS MAGERAN


Pada hari ini dalam tahun 1971, persidangan Parlimen pertama selepas negara diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), diadakan. Upacara pembukaan persidangan ini telah disempurnakan oleh DYMMย Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. Dalam titah ucapannya, baginda mengingatkan rakyat supaya berusaha mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 dari berulang kembali. Baginda juga menyeru rakyat agar berusaha memperbaiki keadaan ekonomi, memperkukuhkan ketenteraman dan perpaduan negara. Dalam persidangan ini, Rang Undang-undang (Pindaan) Perlembagaan telah dibentangkan antaranya Fasal 2, Perkara 10 yang menyekat kebebasan berbincang mengenai hal-hal yang berkaitan dengan kewarganegaraan, Bahasa, Kedudukan Istimewa Orang-orang Melayu dan Kedaulatan Raja-raja Melayu. Pindaan juga dibuat pada Fasal 6 mengenai kedudukan rakyat Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang disama taraf dengan kedudukan orang Melayu di Semenanjug Malaysia.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

โ€œApabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.โ€ Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut