TERENGGANU: “TECHNOLOGICALLY-ADVANCED ECONOMY AND DIGITALLY-DRIVEN STATE”

Terengganu dalam usaha untuk memperluas manfaat penggunaan teknologi digital dan berhasrat untuk menjadi sebuah negeri ‘technologically-advanced economy and digitally-driven state’ iaitu negeri yang akan dipandu oleh teknologi digital dalam pelbagai aspek yang berbeza.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman, Bengkel Projek E-Government Negeri Terengganu (BPNT) telah diadakan bagi tujuan berkenaan yang melibatkan beberapa buah agensi kerajaan.

Antara agensi terlibat seperti Menteri Besar Terengganu Incorporated (MBI), Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Terengganu Advanced Joint Digital Intelligent Development (TAJDID), Terengganu Telecommunications Sdn Bhd (TCOM) dan Top IT Industries Sdn Bhd (TOP IT).

Antara agenda yang menjadi keutamaan adalah ekosistem perkongsian data yang merangkumi tadbir urus digital dan platform perkongsian data terjamin untuk memperkasa dan meningkatkan perkhidmatan dalam talian sepenuhnya (E2E) ke arah kerajaan berpacukan data.

Secara keseluruhannya, kemajuan dalam teknologi dan pendigitalan amat ketara dan kini berada pada kedudukan yang baik untuk meneruskan laluannya ke arah ekonomi digital.

 

Sumber: TRDI

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut