AKIBAT TINGGAL LEBIH MASA, SEORANG WANITA WARGA THAILAND DIDENDA RM10,000

Seramai tiga Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terdiri daripada seorang wanita warga Kemboja serta seorang lelaki dan seorang wanita warga Thailand telah didakwa di Mahkamah Sesyen 4 Kuala Terengganu oleh Unit Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Imigresen (JIM) Terengganu pada 15 Februari 2024 lalu.

Kesemua PATI itu telah didakwa di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana melakukan kesalahan tinggal di Malaysia setelah pas/permit tamat atau dibatalkan. Mahkamah kemudian menetapkan salah seorang daripada tertuduh iaitu 1 wanita warga Thailand didenda sebanyak RM10,000 atau penjara selama 3 bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Manakala 2 lagi PATI masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 3 dan 4 bulan.

 JIM menyeru agar orang ramai tampil ke hadapan dan menyalurkan maklumat sekiranya dipercayai terdapat aktiviti yang menyalahi undang-undang di kawasan persekitaran mereka bagi memastikan tindakan penguatkuasaan undang-undang dapat dilaksanakan.

 

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …