PAHANG TUAN RUMAH TILAWAH, HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN

KUANTAN: Pahang menjadi tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 HIjrah/2024 Masihi yang dijadualkan selama enam hari bermula 23 Mei ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri berbesar hati untuk menganjurkan majlis itu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKMA di sini, selepas kali terakhir menjadi tuan rumah pada 2014.

“Difahamkan seramai 29 orang akan menyertai kategori tilawah iaitu 14 qari dan 14 qariah serta seorang johan menunggu.

“Seramai 84 orang pula akan menyertai kategori hafazan iaitu masing-masing 42 peserta lelaki dan wanita,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk majlis itu di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Turut mempengerusikan mesyuarat itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Wan Rosdy juga menyifatkan pemilihan Pahang selaku penganjur sebagai penghormatan oleh kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada kerajaan negeri dan pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan kejayaan majlis.

Sementara itu, Mohd Na’im berterima kasih kepada kerajaan Pahang kerana sudi menerima jemputan menjadi tuan rumah bagi menganjurkan majlis berkenaan.

“Saya percaya dengan sokongan padu diberikan, penganjuran majlis tilawah ini akan berjaya dengan cemerlang pada tahun ini, malah lebih baik berbanding tahun lepas.

“Penganjuran ini juga dilihat mampu mengukuhkan hubungan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Pahang,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut