WARGA NEPAL TERJATUH DIBAWA ARUS KETIKA BUAT PANGGILAN VIDEO BERSAMA KAKAK

KUANTAN: Seorang warga Nepal dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh dari kawasan berbatu ketika membuat panggilan video di Teluk Tongkang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata pihaknya menerima laporan mengenai mangsa dikenali sebagai Ganesh Rana, 22, pada jam 5.50 petang tadi.

Beliau berkata, mangsa yang juga pekerja di sebuah kilang di sini, dikatakan ke lokasi kejadian bersama beberapa rakannya sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

“Menurut rakan mangsa, mereka duduk di kawasan berbatu dan mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ketika membuat panggilan video bersama kakaknya sekitar jam 4.30 petang.

“Rakannya cuba menyelamatkan mangsa dengan mencapai baju namun gagal kerana mangsa dibawa arus kuat,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Wan Mohd Zahari berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa dilaksanakan di sepanjang Teluk Tongkang sehingga pantai Teluk Cempedak sebelum ia ditangguhkan kerana cuaca buruk. – BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …