KEPENTINGAN SIKAP HORMAT MENGHORMATI

HORMAT-MENGHORMATI adalah menjadi asas kepada perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dan bangsa seperti di negara kita Malaysia. Menghormati orang lain adalah sifat terpuji. Semua manusia adalah ingin dihormati dan dihargai walaupun perbezaan dari segi taraf hidup. Lumrah untuk berbeza pendapat atau pandangan antara sesama manusia adalah perkara biasa. Malah, ia bukan menjadi penghalang kepada hubungan yang baik sesama mereka.

Dalam konteks ini, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat, ayat 13).

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

Β Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta. Β Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut