EL NINO: TANAMAN, SUMBER BEKALAN MAKANAN TEMPATAN TIDAK TERJEJAS

SHAH ALAM, 13 FEB: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan keadaan tanaman dan sumber bekalan makanan tempatan tidak terjejas setakat ini biarpun negara sedang berdepan dengan cuaca panas dan fenomena El Nino.

Beliau berkata pemantauan sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa, dan pada masa sama meminta petani, nelayan dan penternak mengambil langkah penjagaan kesihatan yang lebih baik terutama ketika bekerja di lapangan.

“Cuaca panas ini akan dihadapi dalam tempoh lama dan golongan itu (petani) perlu mematuhi semua arahan pihak berkuasa termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Keropok House & Industry Sdn Bhd di Seksyen 27 di sini hari ini.

Pada masa sama, Mohamad berkata pihak kementeriannya akan menyertai mesyuarat bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada minggu depan, bagi membincangkan persiapan negara dalam menghadapi fenomena El Nino.

Media sebelum ini melaporkan, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan El Nino dengan intensiti kuat yang sedang melanda dunia ketika ini dijangka berterusan sehingga pertengahan tahun ini.

– BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

TINDAKAN PEMBANTERASAN PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN REMAJA DAN PELAJAR SEKOLAH DI TERENGGANU

Isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah di Terengganu masih menjadi kebimbangan utama pihak berkuasa. Lokasi negeri yang …

MALAYSIA SEBAGAI NEGARA MARITIM: KESELAMATAN PERAIRAN NEGARA

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, perairan negara merupakan nadi geopolitik, ekonomi dan keselamatan Malaysia. Hal ini …

ULEK MAYANG DAN RODAT: MEMELIHARA KEASLIAN WARISAN BUDAYA TERENGGANU

Tarian Ulek Mayang dan Rodat merupakan antara khazanah seni budaya yang begitu sinonim dengan identiti masyarakat Terengganu. Kedua-duanya bukan sekadar …