WARGA ASING DITAHAN KERANA CUBA RASUAH POLIS TRAFIK

Padah cuba memberi suapan sebanyak RM250 kepada anggota polis, seorang lelaki warga Indonesia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malam tadi.Suspek berusia 45 tahun dikatakan menawar suapan itu sebagai balasan melepaskannya kerana melakukan kesalahan lalu lintas di Sikamat, dekat sini, kira-kira jam 6.20 petang semalam.

Lelaki itu ditahan kira-kira jam 10.45 malam tadi, ketika hadir di Pejabat SPRM Negeri Sembilan, di sini. Berdasarkan siasatan, suspek melakukan kesalahan itu kira-kira jam 6.20 petang semalam, bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Permohonan reman selama tujuh hari dibenarkan oleh Majistret Fairus Syuhada Amran pagi ini. Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail, ketika mengesahkan tangkapan itu, berkata suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut