SYARIKAT PEMBINAAN CEMAR ALAM SEKITAR DIDENDA RM50,000

Sebuah syarikat pembinaan yang beroperasi di Mukim Setul dalam daerah Seremban didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin atas kesalahan melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974, setahun lalu.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan, Hamzah Mohamad, berkata hukuman itu diputuskan Hakim Mazni Nawi selepas pengurus syarikat terbabit selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan bersalah di atas satu pertuduhan dihadapi.

OKS telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 34A(8), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta127) yang dibaca bersama dengan Seksyen 34A(7) akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 34A(8) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Hukuman maksimum bagi kesalahan di bawah Seksyen 34A(8), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dibaca Seksyen 34A(7) adalah denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Keputusan analisis daripada Jabatan Kimia menunjukkan air larian permukaan yang telah diambil di tapak telah melebihi had yang disyaratkan di dalam syarat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling iaitu kandungan pepejal terampai dengan kepekatan 270 mg/L melebihi had yang disyaratkan iaitu 50 mg/L.

Beliau berkata, pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Zainoorliza Zainal Abidin manakala OKS tidak diwakili peguam. Katanya, JAS Negeri Sembilan akan sentiasa mengambil tindakan tegas dan tidak akan berkompromi kepada penjenayah alam sekitar. Beliau menggesa orang ramai bekerjasama melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar melalui talian bebas tol 1-800-88-2727 atau emel aduan_k@doe.gov.my.

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut