POLIS TAHAN LELAKI CURI CIP ELEKTRONIK TM, SEBABKAN KERUGIAN RM1.2 JUTA

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mencuri 451 kepingan cip elektronik komputer milik Telekom Malaysia (TM) Berhad di tujuh daerah di Pahang sehingga syarikat itu mengalami kerugian lebih RM1.2 juta merangkumi kos operasi dan pengguna.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata suspek berusia 35 tahun yang ditahan di Mentakab, Temerloh dekat sini pada 2.30 petang, 30 Jan lepas, dipercayai terlibat dalam 29 siasatan kehilangan cip itu yang dilaporkan antara Disember 2023 dan bulan lepas.
“Suspek bekerja dengan sebuah syarikat sub kontraktor dilantik TM bagi kerja penyelenggaraan di kawasan Pahang Barat disyaki melakukan jenayah itu seorang diri dan cip yang dicuri dipercayai dijual di kedai barangan lusuh pada harga RM30 sekilogram.
“Modus operandi suspek ialah ke kabinet TM di tepi jalan dan membukanya dengan kunci pendua miliknya sebelum mengambil beberapa keping cip elektronik komputer itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.
Yahaya berkata polis merampas 54 keping cip elektronik, sebuah kereta Proton Satria, sehelai jaket keselamatan, dua telefon bimbit, satu rekod pembelian barang dan 12 salinan resit pembelian barang dari rumah suspek dan kedai barangan lusuh, yang dipercayai berkaitan kes itu.
Suspek yang mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau termasuk kes dadah, kini direman sehingga Khamis ini (8 Feb) dan penahanan itu, dipercayai menyelesaikan 29 kes kecurian cip elektronik TM yang berlaku di Lipis, Raub, Bentong, Jerantut, Maran, Bera dan Kuantan.
Perbuatan suspek dipercayai mengakibatkan penduduk di kawasan terlibat mengalami masalah gangguan telefon dan Internet.
Dalam perkembangan lain, Yahaya berkata enam termasuk seorang wanita berusia antara 25 hingga 51 tahun ditahan pada 4 Feb lepas kerana dipercayai mengedar dadah jenis syabu dan heroin serta pil yaba dianggarkan bernilai RM543,559.
Pada serbuan di Tanjung Lumpur di sini antara 11 pagi hingga 6.17 petang, Yahaya berkata polis merampas syabu dianggarkan seberat 10.41 kilogram (kg) dan seberat 3,249.9 gram pil yaba dengan kedua-duanya bernilai RM438,429, selain barangan kemas bernilai RM13,190 dan wang tunai RM888.
Sementara serbuan di Indera Mahkota di sini, antara 10 pagi hingga 12.23 tengah malam menemukan 12.66 kg heroin dinggarkan bernilai RM105,130.
“Dadah yang dirampas dipercayai untuk pasaran tempatan dan luar Pahang dan keseluruhan dadah yang dirampas dalam dua serbuan ini boleh digunakan lebih 62,000 penagih,” katanya dan menambah semua suspek kini direman sehingga 11 Feb ini. – BERNAMA
Sumber : ASTRO AWANI

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut