MASUK PERCUMA DI MALAYSIA HERITAGE STUDIOS, 20 FEBRUARI INI

AYER KEROH– Malaysia Heritage Studios yang dahulunya dikenali sebagai Taman Mini Malaysia dan ASEAN menjadi produk pelancongan terbaharu menawarkan tiket masuk percuma buat pengunjung pada 20 Februari ini.

Ia adalah bersempena Hari Terbuka Negeri Melaka dan cuti umum Hari Pengisytiharan Kemerdekaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memaklumkan tawaran percuma itu terbuka kepada pengunjung serta pelancong dalam dan luar Negeri Melaka.

“Tawaran istimewa ini sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Melaka dan pelancong yang telah banyak memberikan sokongan sepanjang 38 tahun taman warisan ajaib ini beroperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Malaysia Heritage Studios, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Melaka (MCorp), Datuk Lim Chow Beng; Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Heritage Studios, Datuk Yong Lam Woei serta kenamaan lain.

Sebelum ini, Melaka Hari Ini melaporkan beberapa produk pelancongan Negeri Melaka menawarkan tiket masuk percuma kepada orang ramai pada 20 Februari ini.

Antara produk pelancongan terlibat ialah Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Zoo Melaka, muzium-muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Melaka Wonderland.

SUMBER : MELAKA HARI INI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …