3 GAJAH KAMPUNG GEMUNCHOR DIPINDAHKAN SECARA BERPERINGKAT

KUALA LIPIS: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang memindahkan tiga gajah secara berperingkat yang ditangkap Kampung Gemunchor, Mukim Cheka, dekat sini.

Operasi pertama memindahkan kumpulan haiwan berkenaan dilakukan semalam dengan memindahkan gajah jantan berumur antara 22 hingga 25 tahun dan saiz tapak kaki 15 inci.

Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman, berkata kumpulan gajah berkenaan ditangkap oleh Unit Tangkapan Gajah (UTG) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang pada Rabu lalu, kira-kira 9.30 pagi.

Katanya, baki sepasang lagi gajah yang ditangkap akan dipindahkan esok. Haiwan berkenaan yang memusnahkan tanaman kelapa sawit milik penduduk setempat menjadikan hutan Taman Negara Pahang sebagai habitat semula jadi.

Menurutnya, selepas menerima aduan penduduk yang melihat kemunculan kumpulan gajah berkenaan, anggota UTG Perhilitan Pahang segera ke tempat kejadian dan berjaya menangkap masing-masing seekor gajah betina dan dua jantan.

“Operasi kali ini diketuai Penolong Pegawai Hidupan Liar PKGK Kuala Gandah, Muhammad Ashraf Naim Zambri bersama 12 kakitangan PKGK dibantu 10 anggota UTG Perhilitan Pahang dan tiga anggota Pejabat Perhilitan Daerah Lipis.

“Gajah denak Kasturi dan Cheri digunakan bagi menarik gajah liar terbabit seterusnya dapat melancarkan operasi memindahkan haiwan liar terbabit,” katanya, dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, Kasturi dan Cheri terpaksa menarik gajah liar terbabit sejauh kira-kira 200 meter menggunakan laluan dalam ladang kelapa sawit untuk menaiki lori sebelum dipindahkan ke kawasan hutan habitat semula jadi haiwan terbabit.

Che Ku Mohd Zamzuri berkata, sebelum dilepaskan ke habitat asal gajah liar terbabit dipasang dengan mikrocip termasuk dilakukan pengukuran morfologi.

Menurutnya, ia adalah gajah yang pertama dipindahkan di negeri ini tahun ini, tahun lalu sebanyak 11 gajah berjaya dipindahkan.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …