𝗢𝗣𝗦 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗗𝗨 (𝗢𝗣𝗦 𝗦𝗔𝗠𝗦𝗘𝗡𝗚 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya telah menjalankan Ops Samseng Jalanan bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan-peraturan lalulintas sedia ada dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Operasi ini juga, turut tertumpu di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan “Mat Rempit” melakukan aksi berbahaya dan mengesan pemandu mabuk, mencegah kejadian kes kecurian kenderaan, ragut, pecah rumah dan lain-lain jenayah.

Operasi ini akan diteruskan pada setiap minggu bagi mencegah gejala “Mat Rempit” yang sering mengganggu ketenteraman awam.
Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484

Artikel/Berita Terkini

WARGA ASING SALAH GUNA PAS LAWATAN SOSIAL UNTUK BEKERJA: JIM TERENGGANU PERHEBAT PENGUATKUASAAN

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu terus mempergiatkan penguatkuasaan terhadap warga asing yang disyaki menyalahgunakan pas atau permit imigresen, termasuk …

PEMINDAHAN TAHANAN PULANG KE NEGARA ASAL

𝗥𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚, 𝟯𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan tugas pemindahan pulang tahanan warganegara Thailand ke …

CAWAN DAH BERKARAT DAN SUMBING, TOLONGLAH TUKAR

Konsep kedai boleh klasik. Cawan untuk pelanggan tetap kena elok. Dalam gambar ini, kelihatan beberapa bahagian salutan sudah tertanggal.  Jika …