MKN TERENGGANU CAKNA: GOTONG ROYONG RUMAH MANGSA BANJIR DI KG.SHUKOR, HULU DUNGUN

PROGRAM CSR MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI TERENGGANU BERSAMA JABATAN PENERANGAN NEGERI TERENGGANU: GOTONG ROYONG RUMAH MANGSA BANJIR DI KG SHUKOR, HULU DUNGUN

Memahami keadaan dan perasaan duka mangsa-mangsa banjir di Kg Shukor di Hulu Dungun yang dilanda banjir besar pada 25 Januari lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu dan Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu telah mengadakan program CSR gotong royong membantu membersih rumah dan perkakas rumah mangsa banjir pada 4 Februari 2023 (Ahad) yang melibatkan 50 orang pegawai dan kakitangan.

Banjir terbesar dalam tempoh lebih 50 tahun itu menyebabkan penduduk di Kampung Shukor dan Kampung Pasir Raja serta beberapa kampung sekitar mengalami kemusnahan teruk termasuk beberapa rumah ranap dihanyut kepala air selain rosak. Inisiatif ini diambil setelah pihak JaPen dalam siri lawatan ke Kg Shukor sebelum ini telah melihat kepayahan yang dialami oleh penduduk kampung itu setelah rumah mereka teruk dilanda banjir besar.

Pegawai dan kakitangan telah bersama-sama membasuh pakaian, alatan dapur dan membersihkan kawasan rumah yang terkena banjir lumpur.

Tidak dapat digambarkan penat lelah sepanjang program sehari tersebut dengan penderitaan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir. MKN Negeri Terengganu juga telah menyampaikan sedikit sumbangan berupa barangan dapur kepada mangsa-mangsa bangsa banjir. Diharapkan sumbangan ini dapat memberi senyuman walaupun dalam duka kepada mangsa banjir.

Turut serta pada gotong royong itu ialah Pengarah JaPen Negeri Terengganu, Encik Sait Yaman dan Pengarah MKN Negeri Terengganu, Wan Suhaini Wan Mohamad.

     

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut