BOMBA BANTU ANGKAT LELAKI BERAT 160 KG

Pasukan bomba membantu mengangkat lelaki obesiti dengan berat 160 kilogram untuk dibawa keluar menaiki ambulans ke hospital Tuaran untuk menerima rawatan. – Foto ihsan Bomba

 

TUARAN: Anggota bomba membantu mengangkat seorang lelaki obesiti dengan berat badan 160 kilogram (kg) yang tidak sedarkan diri, selepas sesak nafas di Kampung Kota di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit, berkata dalam kejadian jam 5.55 pagi itu, mangsa lelaki berusia 37 tahun dibawa keluar dari rumahnya dan dihantar ke Hospital Tuaran bagi menerima rawatan lanjut.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.58 pagi daripada petugas Kementerian Kesihatan untuk mengangkat mangsa.

Katanya, seramai tujuh anggota ke kampung berkenaan bersama satu kenderan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Anggota boma mendapati lelaki yang tidak sedarkan diri menerima rawatan bantuan kecemasan jantung dan pernafasan daripada petugas perubatan.

“Pasukan bomba membantu mengangkat mangsa menaiki ambulan ke hospital berhampiran,” katanya dihubungi.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Berita Harian Online Sabah

Artikel/Berita Terkini

INFO KESIHATAN: TIPS KEKAL CERGAS DI PEJABAT.

Seharian terperuk di dalam pejabat dan kereta yang mempunyai hawa dingin, sedikit sebanyak ia turut menjejaskan kesihatan dan menjadikan anda …
Maklumat Lanjut

JOM CAKNA: KENALI TAHAP MELECUR

Menurut KKM, melecur diklasifikasikan berdasarkan dalaman luka dan luasnya bahagian kulit yang terlibat. Tahap melecur dibahagikan kepada empat; Tahap Pertama …
Maklumat Lanjut

INFO KESIHATAN : MANFAAT & KEBAIKAN BUAH CEMPEDAK

1. Fungsi Mata Buah Cempedak adalah salah satu sumber alternatif vitamin A. Vitamin A ni sangat penting untuk kesihatan mata …
Maklumat Lanjut