INFO SIHAT: UBAN PENANDA ARAS TAHAP KESIHATAN?

Sekiranya dahulu rambut beruban dianggap sesuatu yang memalukan namun kini keadaan telah berubah. Malahan terdapat individu yang sengaja mewarnakan rambut dengan warna putih atau keperangan seakan-akan uban. Benarlah kata orang, β€˜bergaya’ itu bergantung kepada seberapa yakin seseorang individu itu membawa diri. Namun, tahukan anda uban asli juga menjadi penanda aras tahap kesihatan diri?

Asasnya, uban terjadi apabila tahap melanin rendah dalam folikel rambut anda. Melanin ialah sejenis pigmen yang memberi warna kepada rambut dan kulit anda. Seiring dengan pertambahan usia, penghasilan melanin daripada folikel akan berkurangan dan menyebabkan rambut berubah warna keperangan, putih atau beruban.

Selain penuaan semula jadi, uban juga boleh disebabkan oleh faktor genetik, pemakanan dan masalah kesihatan. Untuk faktor genetik, uban berkait rapat dengan kondisi gen anda di mana tubuh gagal menghasilkan melanin selepas beberapa tahun. Manakala punca kedua yang menyebabkan uban di usia muda ialah penumpukan hidrogen peroksida yang kerap di folikel rambut anda. Hidrogen peroksida bertindak sebagai agen pemutihan yang menghilangkan pigmentasi pada rambut anda.

Namun, fakta yang agak merisaukan adalah kadang-kadang uban menunjukkan penyakit, terutama jika berlaku di usia muda. Antaranya uban berkemungkinan terjadi atas beberapa faktor penanda aras kesihatan seperti berikut :

  • Penyakit ini menyebabkan sel-sel yang menghasilkan melanin musnah, disebabkan oleh imun badan sendiri.
  • Alopecia areata:
  • Sejenis penyakit di mana tompokan rambut boleh hilang,Β terutama sekali rambut berwarna normal.
  • Ia boleh menyebabkan pesakit lebih peka akan uban yang sedia ada. Bila pertumbuhan rambut berlaku, ia mungkin menjadi uban, tetapi warna normal rambut akan kembali kemudiannya.

Jika punca beruban ialah genetik atau proses penuaan, tiada pencegahan yang dapat mencegahnya. Namun, sesetengah punca boleh dicegah sama sekali.

  1. Berhenti merokok
  2. Mengubah pemakanan anda
  3. Menguruskan tekanan anda dengan lebih elok seperti bersenam, melakukan aktiviti yang anda minati dan sebagainya.

Semoga uban bukan sesuatu petanda yang kurang baik untuk anda!

 

Sumber : https://hellodoktor.com/

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut