Tiga lemas ketika mandi di kolam latihan tentera

KUANTAN: Dua kanak-kanak lelaki dan seorang remaja lelaki lemas selepas mandi di kolam latihan kereta kebal di sebuah kem tentera di Temerloh dekat sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian lemas di kolam sedalam tujuh kaki (kira-kira 2.1 meter) itu pada 5.55 petang.

“Dua kanak-kanak berusia 11 tahun dan remaja lelaki berusia 13 tahun telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans tentera sebelum ketibaan bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan.

“Bomba dimaklumkan bahawa terdapat seorang lagi kanak-kanak lelaki masih belum ditemukan menyebabkan operasi pencarian di permukaan air dilakukan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Wan Mohamad Zaidi berkata pihaknya turut membuat kerja mengepam air kolam dengan dibantu pihak tentera.

Bagaimanapun, pencarian tidak menemukan mangsa lain di kolam itu sebelum kanak-kanak tersebut ditemukan dalam keadaan selamat di lokasi lain dan diserahkan kepada keluarganya.

– Sumber : BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …