SCAM ATAS TALIAN, JENAYAH UTAMA ABAD KE-21

Scammer merujuk kepada seseorang yang melakukan perbuatan ‘scam’ atau menipu dengan tujuan menganiaya orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Perbuatan ‘scam’ ini boleh dilakukan secara dalam talian ataupun secara bersemuka. Scam jika tidak dibendung mungkin boleh merebak sebagai satu budaya yang tidak mungkin akan terpadam sampai bila-bila. Semenjak dunia teknologi berkembang dengan pesat, “industri” scammer pun bertambah pesat juga.

Scammer wujud tanpa mengira tempat. Malaysia juga tidak terkecuali daripada wujudnya scammer yang melakukan pelbagai jenis aktiviti scam untuk memperdayakan mangsa.

JENIS-JENIS SCAMMER YANG POPULAR DI MALAYSIA

  1. SCAMMER BARANG MURAH DAN FREE

Scammer barang murah ini contohnya menjual atau melelong sesuatu barang kononnya pada harga yang teramat murah dan tak masuk akal. Antara barang-barang murah atau lelong yang selalu dijadikan iklan. Dan jangan lupa mereka akan letak stok adalah terhad. Ini mendorong kepada pelanggan supaya cepat membuat pembelian.

  1. SCAMMER LHDN

Scammer LHDN ialah scammer yang mana mereka menyamar sebagai pegawai LHDN dan memberitahu kita ada cukai tertunggak belum dibayar. Ataupun syarikat kes yang menggunakan nama dan maklumat peribadi kita menubuhkan syarikat dan tidak membayar cukai.

  1. SCAMMER KERJA KOSONG

Scam berbentuk ini selalunya berlaku pada aplikasi media sosial whatsap yang mana scammer akan menghantar kepada kita mesej iklan kerja yang mudah tapi dapat duit banyak.

  1. SCAMMER CABUTAN BERTUAH

Scammer cabutan bertuah ini paling cepat mengembang. Mana taknya. Bila nampak cabutan bertuah hadiah mewah-mewah terus tekan share dan komen. Dalam sejam boleh cecah ribu-ribu share dan komen.

  1. SCAMMER CINTA ATAU LOVE SCAM      

Love scam, juga dikenali sebagai penipuan cinta, adalah satu modus operandi di mana penipu mencipta identiti palsu untuk memperdaya mangsa dengan berlakon mengambil berat sehingga mangsa jatuh cinta.

Scam love ni sebenarnya amat jarang sekali berlaku di Malaysia. Tapi walaupun jarang berlaku, sekali kena mangsa boleh kehilangan berates-ratus ribu. Biasanya scammer ni dia akan mencari mangsa di laman web dating site. Bila dah jumpa mangsa, scammer ni akan berkenalan dan mula berikan kata-kata manis mengikut dalam skrip yang ditetapkan oleh scammer.

  1. SCAMMER SKIM CEPAT KAYA

Scammer cepat kaya ini bebentuk pelaburan yang tak sah. Skim pelaburan menjanjikan untung yang lumayan dalam masa singkat sahaja. Skim ini banyak berlaku pada media sosial seperti Telegram.

  1. SCAMMER TAC (MENGGUNAKAN APLIKASI MEDIA SOSIAL SEPERTI WHATSSAP DAN TELEGRAM

Scammer TAC ini juga banyak berlaku pada aplikasi media sosial sperti telegram. Scammer jenis ini dia akan minta bantuan kewangan dan menyamar sebagai rakan.


Dalam keadaan dunia yang semakin berkembang pesat dengan teknologi masa kini, lebih-lebih lagi dunia digital banyak memberikan manfaat kepada kita dalam melakukan tugas-tugas seharian. Walaubagaimanapun, ada sesetengah pihak menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk menipu dan mengambil hak orang lain. Dengan kata lain ialah melakukan perkerjaan sebagai scammer. Melakukan penipuan secara siber telahpun dikategorikan sebagai jenayah.

Walaupun banyak langkah-langkah pencegahan di ambil orang pihak kerajaan namun masih yang terpengaruh dan ditipu oleh scammer. Pada tahun 2022, menurut statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia jumlah kerugian yang disebabkan oleh Scammer ialah RM1.73 billion manakala Januari hingga September tahun 2023 juga meningkat kepada RM687 juta atau 29 peratus berbanding tempoh sama 2022. Scammer ini sememangnya bijak, mereka akan menggunakan akaun orang lain untuk dijadikan transit kewangan hasil daripada penipuan. Ini disebut sebagai keldai akaun. Macam mana mereka mencari keldai akaun? Melalui promosi ingin menyewa akaun bank di medai sosial. Jadi, sebagai rakyat kita seharusnya lebih berhati-hati sebelum terkena.

Sumber: https://www.juruteknikss.com/2023/03/7-jenis-jenis-scammer-yang-popular-di.html

Artikel/Berita Terkini

‘RUMAH MADU’ PERTAMA DI TERENGGANU

Menyebut mengenai madu, pasti ramai yang akan melenting jika tersalah tafsir terutamanya golongan para isteri kerana terfikir bahawa madu yang …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hospital Pulau …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hospital Seberang …
Maklumat Lanjut