JALAN MAGANDAI SEDANG DIBINA

KOTA KINABALU (21 Januari): Jalan Magandai di Kota Marudu, yang baru-baru ini ditularkan di media sosial, buat masa ini sedang dalam fasa pembinaan, kata Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Pada Jumaat, media melaporkan nasib penduduk, khususnya murid-murid dari Kg Tondig, yang terpaksa mengharungi lumpur setinggi paras lutut untuk pergi SK Magandai, yang terletak kira-kira 40km jauhnya, malah terpaksa berehat semalaman di pondok kebun buah-buahan.

“Pihak kontraktor juga memaklumkan bahawa jentera mereka berada di tapak pembinaan meliputi kawasan CH19+000 – CH40+000 di mana kerap berlaku kerosakan, bagi tujuan membuat kerja-kerja penyelenggaraan.

“Namun demikian, berikutan keadaan cuaca dengan hujan berterusan, struktur tanah menjadi lembut dan menyukarkan kerja-kerja pembinaan serta selenggaraan,” katanya dalam kenyataan, Sabtu.

Shahelmey berkata, walaupun berdepan cabaran tersebut, pihak kontraktor memaklumkan bahawa jentera mereka sentiasa berada di kawasan untuk membantu penduduk di kawasan tersebut.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber : Harian Ekspres (Sabah)

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …