𝟮𝟳 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗖𝗨𝗥𝗜𝗚𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗕𝗢𝗧 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔

𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗞𝗜𝗡𝗔𝗕𝗔𝗟𝗨, 𝟮𝟭 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 – Agensi Peguatkuasaan Maritim Malaysia, Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan telah menahan sebuah bot nelayan tempatan di posisi 10.2 batu nautika Utara Tanjung Luk Pisuk, Tuaran, lebih kurang pukul 5.43 petang semalam.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, hasil daripada pemantauan radar Sistem Pengawasan Laut, Sabah (SWASLA) telah mengesan pergerakan bot yang mencurigakan dari perairan Filipina menuju masuk ke perairan Kota Kinabalu.

Tambahnya, Bot Peronda Maritim yang sedang melaksanakan beberapa siri operasi telah diarahkan untuk menuju ke lokasi bot terbabit untuk pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan mendapati nama juragan tiada dalam salinan lesen bot selain beliau bersama 12 orang penumpang telah mengemukakan dokumen pengenalan diri yang meragukan.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati seorang penumpang mengemukakan kad pengenalan Malaysia, seorang mengemukakan dokumen pas lawatan sosial, empat orang mengemukakan sijil lahir dan selebihnya gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri. Kesemua mereka berumur lingkungan 14 hingga 70 tahun.

Dalam tangkapan berkenaan, salah seorang penumpang merupakan seorang lelaki buta berusia 52 tahun dan sebuah keluarga terdiri daripada bapa bersama seorang anak lelaki dan dua anak perempuan berumur lingkungan 14 -23 tahun. Empat orang

wanita warga emas berumur lingkungan 55 hingga 66 tahun turut berada dalam bot tersebut.

Juragan, penumpang dan bot telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

Bot, juragan dan penumpang diiring ke Jeti Maritim Negeri Sabah Sepanggar untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber : Facebook APMM

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …