ππ„πŒπ€ππ“π€π”π€π πŠπ„π‘π‰π€-πŠπ„π‘π‰π€ ππ€πˆπŠπ“π€π‘π€π… πŠπ„πŒπ”πƒπ€π‡π€π π€π–π€πŒ

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

YBhg. Dato’ Azhar bin Hj Arshad, Datuk Bandar Seberang PeraiΒ  telah menjalankan pemantauan di Taman Rekreasi Ampang Jajar, Seberang Perai Tengah Β bagi melihat dengan jelas hasil kerja-kerja naiktaraf yang sedang dijalankan. Selain itu turutΒ  melihat penambahbaikan yang boleh dibuat serta menilai persediaan semasa bagi proses pembukaan semula kawasan rekreasi ini untuk kegunaan masyarakat sekitar.

Kawasan rekreasi ini dijangka akan dibuka semula untuk kegunaan orang ramai bagi menjalankan aktiviti riadah setelah kerja-kerja penambahbaikan selesai bagi menyediakan kemudahan awam yang selamat serta berkualiti.

Datuk Bandar juga turut berkesempatan memantau persediaan kawasan program yang akan diadakan Nibong Tebal Festival pada 20 & 21 Januari 2024 mulai jam 6 petang hingga 11 malam di Jalan Pasar Lama, Nibong Tebal, SPS. Lawatan tapak dibuat bagi memastikan persediaan yang dijalankan dapat menyediakan ruang kekeluargaan serta festival yang meriah, selamat serta mencapai matlamat untuk mewujudkan festival pertama yang ikonik di Seberang Perai Selatan (SPS) kelak.

 

Sumber : Majlis Bandaraya Seberang PeraiΒ https://www.facebook.com/mbsp.pg

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …