SUKAN SEBAGAI WADAH ERAT KERJASAMA

Satu perlawanan persahabatan futsal di antara Cawangan Khas, Polis Daerah Kubang Pasu dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Kedah telah berlangsung di D’Futsal, Titi Gajah, petang tadi.

Perlawanan yang berlangsung dalam intensiti yang tinggi ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada kesihatan pemain, tetapi juga ikatan kerjasama dan hubungan strategik yang sekian lama terjalin bertambah erat. Rembatan padu silih berganti daripada kedua-dua pasukan hasil gerakan-gerakan cantik penuh berkemahiran oleh para pemain merancakkan lagi perlawanan.

Turut hadir, Penolong Pengarah (Polis) MKN Kedah, DSP Abdul Samad Othman dan Penolong Pengarah Keselamatan Daerah Kubang Pasu, Encik Mohd Nurulhasri Abdullah Hashim serta KCK Kubang Pasu, ASP Md Khairil Hisham bin Che Ideris.

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Majlis Bandaraya …

PROGRAM HARI KEBANGSAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Hari …

PROGRAM JIWA @ KOMUNITI MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JIWA …