JELAJAH MADANI NEGERI BERMULA 23 FEBRUARI 2024 DI STADIUM KUALA SELANGOR

SHAH ALAM, 18 JAN: Jelajah MADANI peringkat negeri akan berlangsung di Stadium Kuala Selangor pada 23 hingga 25 Februari 2024.

Dato’ Menteri Besar berkata program tiga hari itu akan menjadi medan hebahan inisiatif disediakan Selangor dan Pusat untuk membantu serta meringankan beban rakyat.

“Masih ada penduduk yang belum faham dan tahu tentang perancangan negeri. Jadi ini antara langkah terbaik untuk terangkan kepada mereka.

“Sebahagian program hari itu (Jejalah MADANI di Bukit Jalil) juga turut dipamerkan. Insya-Allah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka turun pada hari terakhir untuk acara penutup,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau ditemui selepas menyempurakan majlis graduasi 31 pelajar Sekolah Digital Selangor di sini, hari ini.

Pada 3 Januari 2023, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Selangor akan menjadi negeri pertama sebagai hos bagi siri Jelajah MADANI peringkat negeri.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Perdana Menteri bersetuju untuk menganjurkan Jelajah MADANI peringkat negeri, selepas kejayaan penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Disember 2023.

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut