TINDAKAN PANTAS HALANG PENCEMARAN MINYAK ENJIN JEJASKAN OPERASI LRA SUNGAI LINGGI

Tindakan pantas beberapa agensi di negeri ini telah berjaya menghalang cecair berwarna hitam dipercayai minyak enjin daripada mengalir dan terus memasuki Sungai Linggi yang berpotensi menjejaskan operasi Loji Rawatan Air Linggi (LRA) Sungai Linggi.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pada pukul 1.48 petang semalam, pihak Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan (BKSANS) telah menerima aduan daripada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan berkaitan pencemaran Sungai Linggi yang dikesan berpunca daripada longkang awam di kawasan Kampung Bemban Hilir, di sini.

Berdasarkan aduan daripada orang awam ini, pihak JAS Negeri Sembilan bersama BKSANS, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains), Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah segera menggerakkan pasukan untuk membuat pengesanan dan mengenalpasti punca.

Tindakan pantas agensi-agensi ini telah berjaya mengesan dan menghalang aliran cecair berwarna hitam yang dipercayai minyak enjin tersebut daripada terus memasuki Sungai Linggi. Sekiranya tindakan pantas tersebut tidak dilakukan berkemungkinan ia akan menjejaskan operasi LRA Sungai Linggi dan melibatkan 47,000 akaun pengguna sekitar kawasan ini.

Menteri Besar turut memaklumkan, proses persampelan air telah pun dibuat oleh agensi kerajaan yang berkaitan bagi tujuan siasatan dan tindakan perundangan.

Setakat pukul 8 pagi tadi, LRA Sungai Linggi masih beroperasi pada kapasiti 100 peratus selain memaklumkan kes pencemaran sumber air tersebut juga sedang dalam siasatan oleh agensi-agensi kerajaan terlibat.

Kerajaan negeri juga ujarnya sangat komited dalam membanteras kes-kes berkaitan pencemaran sumber air. Tindakan tegas akan diambil kepada pelaku-pelaku yang tidak bertanggungjawab sehingga memberi implikasi terhadap pembekalan air terawat untuk rakyat Negeri Sembilan.

Beliau juga berharap masyarakat lebih cakna memelihara kelestarian alam sekitar dengan tidak membuang sampah ke dalam sungai selain turut berterima kasih kepada orang awam yang telah membuat aduan berhubung kejadian terbabit.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …