Pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) terus giat melaksanakan penguatkuasaan terhadap premis-premis perniagaan yang didapati diuruskan warga asing di daerah ini.
Terbaharu serbuan dibuat anggota penguat kuasa MBS Cawangan Nilai di Mercato dan Pusat Perniagaan Kuarters KLIA, Nilai di sini. Menurut Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS, Hanizam Ahmad, ketika serbuan dilakukan terdapat juga pekerja asing yang berada di kaunter juruwang premis perniagaan yang diperiksa.
Menurutnya, tindakan itu secara jelas melanggar syarat pengeluran lesen iaitu pengusaha premis tidak boleh membenarkan pekerja warga asing berada di kaunter dan menjadi jurujual sebaliknya hanya dibenarkan untuk menjadi pembantu kedai sahaja.
Dalam serbuan dijalankan kelmarin, sebanyak 10 buah premis perniagaan telah diperiksa dan tiga daripadanya dikenakan tindakan sitaan serta-merta kerana premis perniagaan diuruskan warga asing.
Tiga premis berkenaan terdiri dua buah restoran dan satu premis menjalankan perniagaan menjahit.
Kata beliau lagi, antara kesalahan lain yang turut dikesan dalam serbuan yang sama adalah meletakkan kerusi dan meja di tempat awam serta mendirikan bangunan tanpa kebenaran.Β Berikutan itu, tiga notis mengkehendaki mengalihkan halangan di kaki lima kedai telah dikeluarkan selain tujuh notis pemberitahuan kesalahan.
Sumber:Β Utusan Malaysia