LIMA AHLI SINDIKET TAWARAN PINJAMAN TIDAK WUJUD DIDAKWA

Lima individu termasuk sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson di hari ini atas pertuduhan penipuan dalam menawarkan pinjaman tidak wujud pada bulan November tahun lalu.

Kesemua mereka, Lee Jia Re, 23; Jason Lee Lian Sheng, 25; Jass Lee Ying Xing,19; Amiratul Najihah Abdul Malik, 21 dan Kamarul Nazrin Kamarulzaman, 29, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Uthman Abd. Ghani.

Berdasarkan pertuduhan bersama, mereka telah didapati dengan curangnya menipu seorang lelaki berusia 35 tahun dengan memperdayakan untuk membuat pembayaran sebanyak RM3,897 ke akaun bank seorang lelaki bagi tujuan mendapatkan pinjaman wang secara dalam talian. Perbuatan itu dilakukan pada 11 November tahun lalu di sebuah resort di sini.

Oleh itu, kesemua tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama di mana boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat serta denda.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd. Zainal manakala tertuduh masing-masing berasal dari Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Pahang diwakili peguam, Alvin Tan Keng Yi.

Nadia Ezzati kemudiannya memohon satu tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan wang jaminan sebanyak RM8,000 bagi setiap tertuduh. Majistret kemudiannya membenarkan wang jaminan sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes pada 20 Februari ini.

Difahamkan kesemua tertuduh ditangkap pada 20 Disember tahun lalu dalam satu serbuan di Sendayan, Seremban dengan pelbagai barangan yang dipercayai bagi aktiviti penipuan. Hasil pemeriksaan dan penelitian barang kes mendapati sindiket berkenaan terlibat dalam penipuan pinjaman wang tidak wujud yang menyasarkan rakyat Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERSEDIAAN HADAPI MONSUN TIMUR LAUT 2025/2026

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memaklumkan bahawa Monsun Timur Laut 2025/2026 dijangka bermula pada Khamis, 13 November 2025 dan berterusan …

PERKHIDMATAN KAUNTER JPJ MOBLIE

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘂𝗻𝘁𝗲𝗿 …

TUMPAS SINDIKET PENGEDARAN DADAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Ketua Polis …