KASTAM RAMPAS DADAH BERBAHAYA JENIS FENTANYL BERNILAI RM44.4 JUTA

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa pada 9 Disember lalu apabila melakukan rampasan dadah jenis Fentanyl seberat 807.9 kilogram (kg) dengan nilai anggaran RM44.4 juta.

Rampasan dadah berbahaya jenis Fentanyl itu merupakan kes pertama dirampas pihak JKDM hasil pemeriksaan yang dijalankan di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.30 pagi itu.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad, serbuan yang dijalankan Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM itu telah menyita 36 kotak di Kompleks Kargo Udara KLIA, Sepang, Selangor.

Hasil pemeriksaan lanjut, menemukan 72 botol aluminium yang mengandungi bahan cecair disyaki dadah berbahaya jenis Fentanyl dengan berat kasar 807.9 kg dan nilai anggaran rampasan adalah RM44.4 juta.

Mengulas lanjut, menurutnya modus operandi sindiket ini adalah dengan cara membuat pengikraran palsu iaitu mengikrarkan barang yang mengandungi dadah sebagai sebatian pewangi.

Tindakan itu bagi mengaburi pihak berkuasa sedangkan di dalamnya terdapat botol aluminium berisi bahan cecair seberat 10 kg yang disyaki mengandungi dadah berbahaya jenis Fentanyl.

Siasatan awal mendapati dagangan tersebut dihantar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai, India dan transit di Kompleks Kargo KLIA seterusnya akan dihantar ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggunakan laluan udara.

Setakat ini tiada tangkapan dibuat namun daripada pemeriksaan lanjut mendapati dadah jenis Fentanyl adalah dadah sangat berbahaya kerana ia 100 kali kuat daripada morfin dan 20 hingga 40 kali lebih kuat daripada heroin.

Bagaimanapun dengan rampasan ini telah berjaya membanteras daripada disalah gunakan oleh lebih kurang empat juta orang penagih dadah daripada menjadi ‘zombi’.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan 12 kali sebatan.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut