LEBIH 6,000 MANGSA BANJIR TERMASUK DI SELANGOR BERLINDUNG DI PPS

SHAH ALAM, 18 DIS: Jumlah mangsa banjir di Kelantan pagi ini terus meningkat, Terengganu pula menunjukkan sedikit pengurangan manakala keadaan di Selangor dan Perak tidak banyak berubah.

Di Kelantan, seramai 5,327 mangsa daripada 1,688 keluarga ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 9 pagi ini, meningkat berbanding 4,840 orang daripada 1,528 keluarga malam tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Pasir Mas sebanyak 16 PPS dibuka manakala di Tanah Merah hanya terdapat satu PPS yang beroperasi.

Di Terengganu pula, mangsa ditempatkan di 10 PPS berkurangan kepada 812 orang daripada 180 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 824 mangsa daripada 184 keluarga 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu memaklumkan, tiga daerah yang terjejas ialah Dungun membabitkan 583 orang daripada 147 keluarga, Marang (179 orang) dan Setiu (50 orang).

Di Selangor, portal Info Bencana JKM menunjukkan 43 mangsa daripada 12 keluarga berada di dua PPS pagi ini, berbanding 39 individu membabitkan 11 keluarga yang dilaporkan malam tadi.

Sekolah Rendah Agama (SRA) Padang Jawa di Klang menempatkan 23 mangsa, manakala Sekolah SK Parit Mahang di Kuala Selangor (20 orang).

Portal Public Infobanjir setakat 8 pagi tadi memaklumkan paras air Sungai Klang di Selat Muara (Klang) dan Sungai Buloh di Parit Mahang (Kuala Selangor), melebihi tahap waspada dengan bacaan masing-masing 2.4 meter (m) dan 3.5m.

Di Perak, hanya satu PPS beroepasi iaitu di Dewan Serbaguna Padang Tembak, Teluk Intan menempatkan 89 mangsa dari 26 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak juga memaklumkan paras air di Sungai Bidor, Changkat Jong mencatatkan bacaan bahaya 3.51m ketika ini dengan cuaca di daerah Hilir Perak diramalkan hujan pada petang dan malam nanti.

-BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗚𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗣𝗔𝗗𝗨

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Operasi ini …
Maklumat Lanjut

DBKK LAKSANA PEMERIKSAAN BERJADUAL KE ATAS POKOK DIBAWAH SELIAAN

KOTA KINABALU (19 Mei): Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sentiasa melaksanakan pemeriksaan ke atas pokok-pokok yang terdapat di sekitar bandaraya …
Maklumat Lanjut

400 MENARA TELEKOMUNIKASI DI SABAH SIAP HUJUNG TAHUN INI

TAWAU (19 Mei): Sebanyak 400 menara telekomunikasi di bawah pelaksanaan inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa Pertama dijangka siap …
Maklumat Lanjut