MAQIS KEDAH GAGALKAN CUBAAN SELUDUP DAGING DAN SOSEJ BABI

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kedah dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Kayu Hitam berjaya menggagalkan cubaan menyeludup daging dan sosej babi di laluan penumpang import di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Tindakan  menyembunyikan bahan mentah berkenaan bahagian belakang kenderaan ternyata gagal apabila berjaya dihidu pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kedah, Hisham Abu Bakar berkata, pembongkaran helah itu dilakukan menerusi kerjasama pihaknya dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Kayu Hitam.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 32 kilogram daging dan sosej babi disorokkan di bahagian belakang kenderaan bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Kesemua barangan itu kemudian dirampas untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

“Ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, penahanan itu bagi mengawal kemasukan produk babi untuk mencegah penyebaran demam babi Afrika (ASF).

“Tindakan penguatkuasaaan undang-undang melalui operasi bersama agensi akan terus diperkasakan.

“Ia bagi memastikan tumbuhan, karkas, ikan dan hasil pertanian bebas daripada ancaman perosak dan penyakit berjangkit selain mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan,” katanya

 

Sumber: MAQIS KEDAH GAGALKAN CUBAAN SELUDUP DAGING DAN SOSEJ BABI

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …